Berhubung dengan etika pelajar sekolah yang semakin merundum saban tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 402 buah sekolah seluruh Malaysia yang dikatakan sering dihinggap dengan isu masalah disiplin serta penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah yang berkenaan.
Selangor mendahului carta dengan 76 buah sekolah paling bermasalah di mana, carta tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Kategori 1 (Disiplin) dan Kategori 3 (Isu Dadah).
Di Selangor, sembilan daripada 76 buah sekolah tersenarai terjebak dengan masalah dadah dan yang selebihnya bermasalah disiplin.
Kedua tertinggi dalam carta adalah sekolah-sekolah di negeri Johor, dengan 63 sekolah, diikuti Negeri Sembilan dengan 40 buah sekolah manakala di Pulau Pinang dan Pahang pula masing-masing berkongsi jumlah yang sama iaitu 37 buah sekolah bermasalah.
Kuala Lumpur hanya mempunyai 22 buah sekolah bermasalah namun kesemua 22 buah sekolah itu dikategorikan sebagai bermasalah dalam isu dadah.
12 daripada 13 buah sekolah bermasalah yang tersenarai di Kelantan pula dikategorikan dalam Kategori 3 (Isu Dadah).
Dua sekolah bermasalah di Putrajaya bagaimanapun hanya tergolong dalam Kategori 1 (Masalah Disiplin).
Tiada sekolah di Sabah tersenarai dalam senarai.
Menurut sumber New Starits Times, senarai ini pernah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Masalah Tatatertib Pelajar sekitar Jun lalu yang turut disertai oleh wakil dari Polis Diraja Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta beberapa organisasi bukan kerajaan.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Bernama bahawa mereka akan menggunakan strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) sebagai langkah lanjut bagi mengenal pasti permasalahan di sekolah-sekolah yang tersenarai.
Kata beliau lagi, sekolah-sekolah tersebut dinilai menerusi beberapa masalah utama yang dilakukan para pelajar seperti masalah disiplin, penyalahgunaan dadah, jenayah serta kadar ketikhadiran yang tinggi.
Senarai 402 Sekolah Bermasalah Yang Dikeluarkan Kemneterian Pendidikan Malaysia
Kategori 1 (Disiplin) & Kategori 3 (Isu Dadah)