Koleksi terbaharu pakaian dalaman seksi Triumph, AW17 sempena Triumph Autumn/Winter 2017 memaparkan keselesaan dalam rekaan tidak kira umur, bentuk badan dan saiz. Samada anda di rumah, pejabat atau keluar bersiar-siar, koleksi Triumph AW17 paling tepat untuk menjadi teman dalaman.
Koleksi premium Florale dengan hiasan renda mewah dan sulaman bunga-bungaan menjadikan Florale pilihan sebagai pelengkap gaya; kontemporari dan elegan.
Rekaan setiap helaian bra dan seluar dalam bukan sahaja menawarkan stail moden malah si pemakai tidak gusar untuk menunjukkannya. Ia memberi ultra keselesaan pada si pemakai dan gaya feminin milik seorang wanita.
Dapatkan koleksi Triumph AW17 di stor Triumph terdekat anda atau di triumph.com.