Semalam, jenama peneraju coklat terkemu Cadbury mengumumkan perisa coklat baharu yang lebih sensasi untuk semua rakyat Malaysia!
Coklat berperisa enak baharu ini adalah gabungan rasa coklat susu yang diserikan kerangupan cebisan biskut Oreo. Umpama roti yang disapu dengan padanan mentega kacang bersama jem, Cadbury Dairy Milk Oreo adalah sinergi rasa yang berganda buat para peminat manisan.
https://www.instagram.com/p/BX2RpK7jAbg/?taken-by=wanistadotcom
Keajaiban akan muncul sebaik anda menyuap coklat Cadbury Dairy Milk Oreo ini dan rasai sensasi deria rasa yang buat anda tak mahu berhenti mengunyah. Rasa coklat yang pekat, ditemani pula deras krim oreo serta rangup cebisan biskut Orea, anda pasti teruja!
Tonton Komersial Cadbury Diary Milk Oreo
https://www.youtube.com/watch?v=JE655_KZLUg
“Tujuan kami adalah untuk menawarkan momen kenikmatan yang menyeronokkan buat para pengguna. Llau kami gabungkan dua jenama ikonik ini bagi menghasilkan satu manisan unik digelar Cadbury Dairy Milk Oreo. Coklatnya halus menjadikan ia sebagai snek yang sesuai untuk dikongsi bersama pada bila-bila masa dan di mana jua”, jelas Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu untuk SEA Chocolate.
Terdapat dalam tiga saiz hidangan pilihan termasuklah 40g (RM3.30), 60g (RM4.20) dan 130g (RM8.90). Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.cadbury.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Cadbury Malaysia di [www.facebook.com/CadburyMalaysia].