Sayangnya mereka yang berhijab cantik tapi rambut tidak mempamerkan ciri-ciri kewanitaan. Iyalah, dah sehari suntuk melilit selendang mengikut gaya terkini tapi bau rambut, tuhan sahaja yang tau!
Ramai wanita berhijab mengambil endah tentang penjagaan rambut atas alasan ‘alah orang bukan tahu pun rambut sebenar aku’. Tapi sanggup ke anda bertahan dengan keadaan rambut yang kusut-masai, berbau malah lebih teruk berbuah!
Wanista failkan 5 tabiat buruk wanita berhijab lakukan sehingga merosakkan tiara asal mu…
#1 Mengikat rambut terlalu ketat
Kesan: Jangan pelik jika lihat helaian rambut tertinggal di getah rambut. Masalah rambut gugur juga akibat dari tabiat mengikat rambut terlalu ketat dan merosakkan akar rambut
Solusi: Ikat rambut anda dengan getah rambut yang sedikit longgar. Jangan ikat ponytail terlalu tinggi, ikatan rambut rendah beri ruang untuk rambut bergerak.
#2 Basahkan rambut sebelum pakai tudung
Kesan: Rambut terkepam sehingga menyebabkan bau masam dan mulai berbuah. Jika terlalu kerap dengan tabiat ini, lama-kelamaan kulit kepala mula naik kelemumur!
Solusi: Tukar rutin mencuci rambut pada waktu malam atau anda memang suka cuci pada waktu pagi, ambil sedikit masa untuk keringkan dengan pengering rambut.
#3 Malas sikat rambut
Kesan: Hujung rambut mula kusut dan tidak melancarkan aliran darah kepala diakhiri anda sentiasa mengalami sakit kepala.
Solusi: Sikatlah rambut anda, siapa lagi yang hendak sikat kalau bukan anda sendiri! Rajinkan tangan untuk sikat rambut sebelum memakai tudung dan selepas membuka tudung. Biar rambut rapi walaupun dalam keadaan bertutup.
#4 Bila tidur pun ikat rambut
Kesan: Masalah keguguran mungkin semakin teruk. Akar rambut boleh lemah sekiranya 24 jam anda mengikat rambut dan kulit kepala juga akan terdedah kepada tarikan yang kuat dan saluran darah kepala boleh terjejas.
Solusi: Simpul atau tocang longgar rambut mu sebelum baring, tak perlu guna getah rambut pun!
#5 Malas tukar anak tudung
Kesan: Apalah guna kalau pakai tudung harga beratus ringgit tapi anak tudung didalam sampai seminggu tidak diganti yang baru. Kesan peluh pada anak tudung boleh membuatkan rambut dan kepala berbau. Selain itu, bakteria pada anak tudung juga boleh menyebabkan jerawat. Eeuuww…
Solusi: Tukar anak tudung seeloknya selepas dua kali penggunaan. Tudung boleh beli banyak, kenapa tidak anak tudung?
Biasa buat 5 perkara diatas? Nasihat Wanista sayangilah rambut anda ya…