Berita & Isu Semasa, Hiburan

Aktres Dengan Bayaran Paling Tinggi 2017, Emma Stone ‘Kalahkan’ Jennifer Lawrence!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Aktres Dengan Bayaran Paling Tinggi 2017, Emma Stone ‘Kalahkan’ Jennifer Lawrence!

Bukan sahaja pernah menyandang nama sebagai Pelakon Wanita Terbaik Oscars menerusi filem La La Land bahkan selebriti cantik ini juga tersenarai sebagai aktres yang mendapat bayaran paling tinggi untuk tahun 2017 oleh Forbes!

IKLAN

Yup! Emma Stone yang baru sahaja berusia 28 tahun dikatakan mendahului kedudukan dengan keuntungan $26 juta (wang sebelum cukai) sepanjang tempoh rekod 12 bulan yang dikelolakan Forbes.

Walau bagaimanapun, ia bukan lah berita yang mengejutkan kerana filem La La Land yang watak utamanya dipegang oleh Emma Stone sendiri itu telah berjaya memukau ramai orang dengan keuntungan sebanyak $445.3 juta di peringkat box office antarabangsa.

Sumber: E! News

Emma dikhabarkan mendahului aktres popular lain seperti Jennifer Aniston yang berada di tempat kedua dengan keuntungan bersih $25.5 juta daripada peranannya yang banyak membintangi filem terkini serta menjadi wajah kempen untuk beberapa jenama ternama.

Tonton Soal Jawab Emma Stone Bersama VOGUE

Jennifer Lawrence yang sebelum ini pernah menjuarai carta aktres dengan bayaran paling tinggi 2016 hanya mampu berada di tempat ketiga dengan $24 juta, iaitu separuh dari nilai yang pernah diperolehinya tahun lalu bernilai lebih $46 juta.

SUMBER

IKLAN