Walaupun dalam drama Reply 1988, mereka tidak bersama tetapi siapa sangka di luar ada bibit cinta antara mereka sedang mekar. Bagi peminat drama korea Reply 1988, anda pasti tahu mereka.
Terkini kedua tunjang utama Reply 1988, Ryu Jun Yeol dan Girl’s Day Hyeri dilaporkan sedang hangat bercinta selepas gambar mereka berdua sedang dating ditangkap oleh media Korea, Dispatch.
Agensi Ryu Jun Yeol C-JeS Entertainment mengesahkan laporan bahawa;
“Hubungan mereka berdua mula berkembang dari menjadi rakan kepada pasangan, dan mereka masih dalam peringkat awal perhubungan mereka. Kami memohon maaf kepada para peminat di atas berita mengejutkan ini. Kami meminta agar semua orang dapat menerima baik hubungan ini. Terima kasih.”
Bahkan, DreamT Entertainment mewakili agensi Hyeri menjelaskan;
“Kami sudah memeriksa dengan Hyeri, dan kami dapat mengesahkan bahawa Hyeri dan Ryu Jun Yeol sedang dalam proses mengenali satu sama lain dengan lebih rapat. Kerana hubungan mereka masih baru, kami meminta agar orang ramai dapat menerimanya dengan baik.”
Ryu Jun Yeol dan Hyeri bertemu dalam drama Reply 1988 dan kini mereka bahagia bersama. Yeayy tahniah!