Rasanya satu dunia tahu David Beckham merupakan seorang bapa yang patut dijadikan contoh.
Selain mampu untuk menjadi suami yang baik untuk Victoria, lelaki 42 tahun ini juga dilihat berjaya memainkan peranan yang baik sebagai seorang bapa. Lihat sahaja kemesraan yang ditunjukkan pada empat orang anaknya, Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper, David langsung tidak pernah malu untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta pada buah hatinya. Ragamnya bersama Harper, cukup membuatkan kita rasa kagum, ia seakan tak kehabisan cara untuk mengungkapkan kasih sayang yang begitu mendalam.
Baca: 10 Momen David Beckham Bersama Harper Buat Wanita Cair. Sweet Sangat!
Terkini, David Beckham sekali lagi membuktikan beliau adalah bapa penyayang apabila berjaya membina istana Lego untuk anak perempuannya, Harper selepas bertungkus lumus selama enam hari.
Bekas pemain bola sepak itu mula membina sebuah istana Disney daripada lebih 4,000 bata plastik Rabu dan akhirnya berjaya menyelesaikannya.
David sempat berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen yang sangat comel;
“Page 1 of the Disney castle , 4000 pieces 490 pages of instructions I look confused but I’m so excited ???”
Pemain berusia 42 tahun itu sebelum ini mendedahkan bahawa dia suka bermain Lego setiap kali waktu lapang. Padanya, Lego dapat membantu menenangkan diri.
“Saya rasa Lego kadang-kadang membantu menenangkan saya,” jelas David Beckham.
Sweet sungguh David Beckham ni!