Acara, Kecantikan

Spa Kecantikan Mewah Alainn Medispa Rasmi Cawangan Kedua

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Spa Kecantikan Mewah Alainn Medispa Rasmi Cawangan Kedua

Alainn, disebut (aw-lin) adalah perkataan lama Irish yang bermaksud ‘cantik’. Alainn Medispa adalah klinik kesihatan dan astatik hujung minggu lalu baru sahaja merasmikan cawangan kedua mereka yang berlokasi di Platinum Park, Persiaran KLCC.

Spa yang berdiri megahini sebenarnya dimiliki oleh seorang wanita berkaliber yang sudah pun mempunyai tigag orang cahaya mata iaitu Dr. Nurul Ain Abdullah. Beliau sangat berpengalaman malah memiliki latar belakang dalam bidang perubatan termasuklah perubatan kecemasan, penjagaan kesihatan asas, kesihatan ibu hamil, kesihatan kanak-kanak serta perubatan pencegahan.

BACA  Review : Pengalaman Selepas Menggunakan SK-II Facial Treatment Essence

Bukan itu sahaja, Dr. Nurul Ain juga pernah membangunkan sebuah program rawatan profesional di Alainn. Pengalamannya dalam bidang astetik membolehkan beliau mengenalpasti masalah lazim yang sering di alami kebanyakan kaum wanita.

Alainn menawarkan pelbagai rawatan bermula dari rawatan muka, terapi laser, terapi frekuensi radio, platelet rich plasma, dermal fillers, rawatan anti-penuaan, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Ini termasuklah program rawatan ‘Yummy Mummy’ untuk bantu wanita selepas bersalin memulih kekenduran kulit perut serta kesan regangan, masalah selulit dan membentukan semula tubuh agar kembali menawan seperti anak dara.

Foto -Arkib Wanista

‘FemiVa’ pula adalah solusi terkini untuk bangkitkan sensualiti kewanitaan dengan meremajakan kawasan intim dan faraj menggunakan kombinasi prosedur yang tidak invasif (non-invasive procedures). Manakala, ‘Smart Sculpting’ pula adalah program rawatan bagi menyingkirkan lemak degil menerusi kaedah medical grade therapy tanpa sebarang pembedahan. 

Foto -Arkib Wanista

Buat semua yang masih tercari-cari rangkaian penjagaan wajah yang bermutup, Alainn juga ada menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit wajah tersendiri terdiri dari pencuci muka, esen wajah, serum dan lain-lain.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.medispa.my] atau lawat laman Facebook mereka di [www.facebook.com/alainnclinicandmedispa].