Masalah jerawat merupakan masalah terbesar setiap wanita. Rasa malu mahu keluar rumah bila muka berjerawat dan menyebabkan mereka menutupinya dengan mekap. Tapi, cuba bayangkan jika kulit wajah dengan jerawat ekstrem, bukankah mekap hanya akan membuatkan kulit bertambah teruk. Jadi, apa penyelesaiannya?
Rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne oleh Medinova yang berpusat di Switzerland ini terdiri daripada Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel. La telah diuji secara klinikal untuk menangani masalah jerawat ringan hingga sederhana yang merangkumi bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul. Rumusan uniknya mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan perulangan akne.
Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum adalah pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat.
Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas.
Kaji selidik kepuasan pelanggan yang dijalankan baru-baru ini telah menunjukkan hasil yang positif dari rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne di mana 85% pengguna yang mencuba Hiruscar Anti-Acne Spot Gel melaporkan perkembangan yang baik dalam masa dua hari.
Antara penemuan lain termasuk:
- 98% yang mencubanya sangat berpuas hati dengan rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne, melaporkan peningkatan selepas hanya seminggu menggunakannya.
- Lebih daripada 94% pengguna yang mencuba Spot Gel mendapati ada perubahan pada bintik hitam dan pustul dan 96% melihat pengurangan keseluruhan pada kemunculan jerawat.
- 93% yang mencubanya melaporkan perubahan pada keadaan jerawat secara keseluruhan selepas menggunakan Pore Purifying Serum dengan kerap.
Produk-produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh negara pada harga antara RM 26.80 hingga RM 75.00. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, layari laman sesawang rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my.