11street Malaysia bekerjasama dengan Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar penyaman udara yang terkenal dengan sistem pembersih ion sejak tahun 1996 telah melancarkan Siri Shibui Skin Fujiaire – penyaman udara berkeupayaan WiFi pertamanya serta enam rekaan pelekat hiasan dinding. Ianya dijiual eksklusif di 11street.
Pendingin udara tersebut beroperasi menerusi Aplikasi (App) AC Freedom Control, yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan unit itu melalui keupayaan WiFi dengan menggunakan telefon pintar mereka untuk memantau, menjadualkan dan mengawal suhu bilik dengan hanya satu sentuhan dari jauh. Secara amnya, telefon pintar tersebut menjadi unit kawalan jauh peribadi pengguna.
Siri Shibui Skin Fujiaire ditawarkan pada harga RM1,170 sehingga RM2,574 seunit, sementara Siri Diamond Stars Fujiaire dijual dari RM1,350 sehingga RM2,925 seunit. Kesemua penyaman udara Fujiaire yang dibeli dari 11street didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Siri Shibui Skin Fujiare, sila layari http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=593078.