Review - Kecantikan

Ada Beza Ke Pelembab Muka Mahal VS Yang Murah Atau Sama Jer?

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Ada Beza Ke Pelembab Muka Mahal VS Yang Murah Atau Sama Jer?

Mahal atau murah memang menjadi satu intipati dalam kehidupan manusia. Tak kisahlah apa sahaja kita mahu beli pasti harga menjadi sasaran utama, tapi tidak semua boleh dijamin dengan harga..kadangkala ada yang murah tapi kualiti hampeh sehingga boleh membahayakan dan sebaliknya. 

Begitulah bila datang dengan produk kecantikan, beratus-ratus jenama kecantikan dipasaran yang boleh divariasi dari kualiti, formula, keberkesanan dan nilai harga. 

Penulis sememang suka gila obses dengan produk kecantikan. Yes! I willing to try everything! 

Foto – The Muse

Jadi penulis telah mencuba dua krim pelembab dari dua jenama yang berbeza harga. Nak tahu apa yang terjadi? Ikuti al-kisah ini…

Kulit penulis jenis kombinasi, berminyak dibahagian zon-T dan pipi jadi bahagian tersebut memang senang nak naik jerawat. Pada anda yang mengalami masalah kulit yang sama dengan penulis, jangan risau tiada istilah muka berminyak tak boleh pakai pelembab. Itu hanya mitos semata-mata. 

BACA: Berhenti Percaya 7 Mitos Penjagaan Kulit Ni

Foto – arkib Wanista.com

Oh ya…nampak jelaskan dua perbezaan harga yang sangat ketara. 

Hada Labo Whitening Cooling Sherbet

Foto – Google

Hada Labo produk terkenal dari Jepun ini mengeluarkan krim pelembab yang sangat unik. Ianya krim keras yang perlu dikorek dan berbentuk ais yang dihakis (sherbet). Saat pertama penulis apply di kulit, yes penulis dah agak memang ia beri sensasi sejuk pada kulit dan paling best ia cepat meresap ke dalam kulit! Jadi tak payah tunggu lama untuk sesi solekan. 

Bekas comel dengan kandungan 30g memang mudah untuk dibawa kemana-mana dan sebagai menjaga kebersihan, produk ini disediakan sekali dengan sudu kecil didalam bekas. 

Apa yang penulis rasa? Memang ada rasa sejuk pada kulit mungkin akibat dari formula menthol dan produk cepat meresap ke dalam kulit. Selain itu, tekstur dan kulit penulis rasa lebih tegang dan bila pakai dengan mekap, mekap tidak terganggu dan tahan lebih lama. 

Kurang menarik? Jika didalam description box ia catit boleh mencerahkan dan memperbaik pulih parut atau masalah pigmentasi. Tapi…penulis tidak merasa apa-apa perubahan pada tompokan parut nampak sama jer.

Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Cloud Cream

Foto – Google

Jenama mewah Peter Thomas Roth tidak asing dengan janji ‘ujian klinikal’ dan bestseller Peter Thomas Roth Cucumber De-tox Hydra-Gel Eye Patches. Sesuai untuk apa sahaja masalah kulit dan diperkaya dengan hyaluronic acid dan air tulen katanya. Ia juga mengunci kelembapan berpanjangan sehingga 72 jam dan merawat masalah penenuaan seperti garis halus dan kedutan.

Apa yang penulis rasa? Serius kulit memang jadi lembut sangat! Aplikasi solekan jadi lebih smooth dan mekap tahan lama. Mampu melembab kulit selama 72 jam? Serius..memang ia tahan walaupun penulis tanggalkan mekap, kulit penulis tetap terasa lembab. Kandungan produk sebanyak 48ml sebenarnya sangat banyak untuk sebekas pelembab dan anda hanya perlu colet sedikit sahaja. Cukup disapu rata keseluruhan wajah dan leher. 

Kurang menarik? Kena tunggu lama untuk produk meresap ke dalam kulit. Kalau penulis nak bersiap cepat memang terpaksa ambil pelembab lain. Tekstur krim yang terlalu cair kadangkala buat jadi leceh dan kurang mesra pengguna.

Foto – ABC
Pendapat terakhir penulis…

Pada anda yang benar-benar menghargai dan mempunyai bajet lebih untuk produk kecantikan, mungkin harga untuk sebekas Peter Thomas Roth tidak menjadi masalah. Namun secara peribadi, penulis lebih suka kepada konsisten = mudah didapati, luar bajet, berkualiti dan kesan yang okay. Sebab mana-mana produk kalau sudah tertulis sebagai pelembab, tidak kira mahal atau murah ia tetap berfungsi sebagai pelembab. Apa yang perlu anda beri perhatian dari mana produk dihasilkan atau didapati. Biar tahu asal usul produk tersebut, jangan asal murah ‘sangat’ dan beri kesan yang cepat terus grab! Itulah yang membawa kepada tajuk berita ‘Akibat Pakai Krim Murah, Kulit Gadis Ini Parah’. Dapatkan produk yang sah dari Kementerian Kesihatan atau dijual di pusat kecantikan terkemuka seperti Sephora, Sasa, Guardian, Watsons atau mana-mana klinik sah. 

Tepuk dada, tanya selera…

Komen Anda