Berita & Isu Semasa

Wanita Bekas Penyeludup Dadah Ini Tayang Tatu Nama ‘Allah’

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Wanita Bekas Penyeludup Dadah Ini Tayang Tatu Nama ‘Allah’

Nama Michaella McCollum dan Melissa Reid pernah menjadi perhatian dunia kerana menjadi ‘mangsa’ kes penyeludupan dadah di Peru. Mereka digelar sebagai ‘Peru Two’ telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun di Peru tapi dibebaskan dengan kawalan parol pada 31 Mac 2016. 

Semasa ditahan pada 4 tahun lalu. Foto – Daily Mail

Masa sudah berlalu, pihak media masih mengikut perkembangan mereka dan terkini salah seorang bekas penyeludup dadah tersebut Michaella nampaknya tampil rileks di pantai untuk bersantai.

Namun apa yang menarik, dilihat Michaella telah mengukir tatu dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘kebebasan oleh Allah’.

Foto – Daily Mail

Tatu tersebut pada bahagian kanan tepi rusuk badannya. Mungkin tatu itu juga memberi makna ‘bebas’ pada dia yang selama ini tersekat di Peru akibat kesalahan yang ditanggung. 

Foto – Daily Mail
Foto – Daily Mail

Dalam perkembangan lain, gadis berusia 24 tahun ini telah banyak menghabiskan masa dengan bercuti di Ibiza dan Marbella pada beberapa bulan yang lepas.

Agaknya dari mana dia dapat duit untuk pergi bercuti? 

SUMBER 1 & 2

Komen Anda