Kecantikan, Tips

Masalah Muka Berjerawat? Dengar Nasihat Miranda Kerr

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Masalah Muka Berjerawat? Dengar Nasihat Miranda Kerr

OMG jerawat datang lagi! Nak buat macam mana? Kita sedia maklum jerawat merupakan musuh utama wanita, bila datang jerawat, mood kita terus menjadi turun naik, stress, tiada keyakinan, marah, kesal dan pelbagai rasa negatif.

Selain menggunakan ubat khas dari doktor untuk menghilangkan jerawat, mekap juga boleh menyembunyikan cacat cela di wajah namun ada juga batasannya, takut silap hari bulan makin ditutupi jerawat, makin banyak pula yang tumbuh.

Foto – Dimensional Dermatology

Baca: Tips Penting! Lakukan 10 Perkara Ini Agar Kulit Bersih Tanpa Jerawat

Untuk membantu setiap wanita, Miranda Kerr mempunyai jalan penyelesaian buat wajah yang sering naik jerawat. Dan jangan risau kerana rahsia Miranda langsung tak susah, anda hanya perlu rajin sahaja.

“Minyak adalah jalan penyelesaiannya.

“Jika saya mengalami masalah jerawat, saya akan mengimbangi pH kulit saya bersama minyak Glow Noni (Noni Glow Oil). Saya mendapati bahawa ia benar-benar membantu, walaupun digunakan semalaman sahaja. Saya sapukan selepas mencuci muka, mistingexfoliating dan pelembap — saya gunakan Exfoliating Cream sendiri sekali setiap dua malam juga,” jelas supermodel yang miliki lesung pipit ini.

Foto – KORA Organics

Memang betul ada beberapa jenis minyak yang harus lebih hati-hati apabila dipakai, tapi, ada juga beberapa jenis minyak yang bagus untuk kulit, dan kalau dipakai dalam jangka panjang, boleh mengatasi jerawat dan mengurangkan kadar minyak yang dihasilkan kulit.

Pakar Dr Jessie Cheung menjelaskan pada Teen Vogue bahawa, “penggunaan minyak untuk pembersihan sama seperti prinsip saintifik iaitu larut, jadi minyak akan mengawal sebum yang menyumbat liang pori yang menyebabkan jerawat tanpa kerengsaan.

Walaubagaimanapun, jika cara ini tidak berkesan di wajah, anda mungkin boleh cuba 2 cara mudah yang diamalkan orang Korea. Mereka hanya menggunakan 3 rutin kecantikan yang ambil masa tidak sampai 5 minit. 

Untuk info lanjut: 2 Cara Terkini Orang Korea Jaga Muka Elak Jerawat! Senang Sangat…

Foto – Tumblr

Selamat Mencuba!

Rujukan : 123

Komen Anda