Avene Thermal Spring Water merupakan salah satu produk wajib bagi sebahagian wanita. Mungkin kalau dilihat pembungkusannya, produk ini seperti face spray biasa. Tapi jangan tak tahu, Avene Thermal Spring Water ini banyak sekali kegunaannya dan tidak hanya fokus di wajah sahaja.
Ini antara kegunaan Avene Thermal Spring Water.
Melegakan kulit setelah rawatan wajah
Avene Thermal Spring Water mempunyai kandungan yang mampu menenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist yang menyarankan dan menggunakan thermal spring water ini pada pesakit selepas melakukan rawatan kecantikan. Jika anda berasa wajah tidak selesa, semburkan thermal spring water untuk memberi kesan kelegaan pada kulit. Ia membantu memperbaiki kulit wajah yang kemerahan, meruam dan gatal-gatal.
Malah, difahamkan, di Perancis sendiri, Avene Hydrotherapy Center menangani ribuan pesakit setiap tahun dengan pelbagai rawatan yang juga menggunakan produk ini untuk masalah kulit seperti atopic dermatitis, ekzema, psoriasis, parut, luka, pasca kanser, ichthyosis dan banyak lagi.
Menyiapkan kulit anda sebelum menggunakan serum
Tak hanya dipakai sesudah membersihkan wajah, Avene Thermal Spring Water ini juga baik digunakan selepas memakai toner dan paling tepat sebelum serum. Dengan begitu, ia bekerja dengan mempersiapkan kulit sebelum meletakkan produk skincare lain. Pada masa yang sama, kulit terusan terasa lembap dan dipakai serum.
Mengurangkan kepekatan face oil
Tidak semua orang mahu menggunakan face oil, produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada minyak pati kerana takut akan kepekatan teksturnya malah membuatkan wajah bertambah berminyak setelah aplikasi. Tetapi, kalau produknya bagus sayang kalau tidak dicuba, bukankah begitu? Hah, Avene Thermal Spring Water ini boleh membantu supaya face oil tidak menggerunkan anda. Hanya titiskan 2 hingga 4 face oil, lalu semburkan sedikit thermal spring water ini. Tektur minyak tadi menjadi lebih cair dan selesa pada kulit.
Melembutkan rambut yang kering dan tidak terkawal
Hah, produk Avene ini bukan sesuai untuk wajah sahaja tau, boleh juga diaplikasi pada rambut. Lebih-lebih lagi untuk rambut yang jenis kering dan sukar diatur, Avene Thermal Spring Water inilah boleh membantu. Cuba semburkan pada bahagian rambut yang ingin dirapikan. Biarkan selama beberapa minit, lalu jika rambut sudah hampir kering, sikat secara perlahan. Selepas itu, rambut anda terasa lebih halus dan mudah disikat.
Membersihkan luka
Avene Thermal Spring Water tak mampu meredakan kemerahan dan rasa gatal, namun ia baik digunakan untuk membersihkan luka dan mencegah timbulnya iritasi. Aqua Dolomiae yang merupakan microflora unik dalam thermal spring water ini mampu menenangkan kulit dan mencegah terjadinya keradangan.
Untuk jerawat
Kalau ada jerawat yang masih lagi kemerahan, anda boleh cuba semburkan Avene Thermal Spring Water ini ke kapas, lalu ditekap ke muka. Biarkan beberapa minit, angkat kapas jika terasa sudah cukup kering. Memang tidak boleh membuatkan jerawat kempis tetapi sekurang-kurangnya merah pada jerawat berkurang.
Membantu menghidratkan wajah yang kekeringan
Terutamanya jika anda terdedah kepada suhu penghawa dingin, ataupun wajah menjadi lesu kerana berada berjam-jam dalam perjalanan dan penerbangan. Semburkan thermal spring water untuk mendapat kesan segar dengan kadar segera.
Mekap less cakey
Pernah merasa solekan terlalu tebal? Niat awal ingin menggunakan full mekap untuk majlis istimewa, tetapi ditambah dengan foundation, bedak lagi lantas terasa sesuatu yang tebal di wajah. Untuk mengatasinya, hanya semburkan sahaja Avene Thermal Spring Water di seluruh kulit wajah. Dijamin mekap tidak kelihatan ‘berat’ lagi.
Membantu mengekalkan mekap
Selepas mengenakan tatarias wajah seperti bedak kompak, pembayang mata dan pemerah pipi, semburkan sedikit thermal spring water untuk mengekalkan mekap pada kadar lebih lama. Penulis pasti anda akan lebih berpuas hati kerana produk Avene ini memberi kesan berseri pada wajah.
Untuk anak kecil juga
Paling terbaik, ia juga sesuai digunakan untuk masalah kulit yang berkaitan dengan bayi atau kanak-kanak. Ia boleh mambantu masalah ruam lampin pada bayi, pengeringan dan kulit sensitif. Sebab thermal spring water hanyalah sekadar air, ia sangat selamat digunakan.
Waxing/Shaving
Menggunakannya selepas waxing atau shaving untuk menenangkan ruam. Ia juga membantu melindungi kulit daripada bakteria datang ke liang terbuka, malah dapat melegakan perasaan gatal.
Jadi, selepas ini boleh beli produk Avene di drugstore terpilih.