Review - Filem

[Review Filem] Anabelle Creation: Yang Disangka Anak Rupanya “Jembalang Hitam”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review Filem] Anabelle Creation: Yang Disangka Anak Rupanya “Jembalang Hitam”

“…Because I’m the weakest.”

Sumber: Pinterest

Semalam penulis menjadi antara orang terawal berpeluang menonton filem Anabelle: Creation yang buat pertama kalinya akan ditayangkan kepada umum bermula hari ini di semua panggung seluruh Malaysia.

Apa yang penulis boleh kongsikan, jalan cerita filem ini adalah lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan filem Anabelle pertama, penuh dengan aksi suspen yang buat jantung terhenti seketika. Tapi kalau nak dikira level seram, yang pertama lagi seram.

Sumber: Pinterest

Berkisarkan tentang sekumpulan anak yatim diundang untuk tinggal sebumbung bersama pasangan Mullins di sebuah rumah ladang yang dikelilingi kawasan lapang jauh dari jalan raya dan kejiranan lain. Tanpa disedari, rupanya keseronokan anak-anak yatim yang ditemani seorang birawati bernama Charlotte itu hanyalah sementara kerana rumah berkenaan telah disumpah kejahatan halus sekaligus menggugat kecekalan semua.

Mrs. Mullins. Sumber: Pinterest

Pasangan Mullins yang wataknya dipegang oleh pelakon Anthony LaPaglia dan Miranda Otto itu sebenarnya sebelum ini pernah mempunyai seorang anak perempuan bernama Anabelle yang kemudiannya mati dilanggar kereta. Kerana terkilan akhirnya mereka membuat keputusan untuk mencari medium mudah bagi berkomunikasi dan berhubung dengan roh anak mereka, lalu dipindahkan roh tersebut ke dalam sebuah patung supaya ia boleh hidup bersama mereka selamanya.

Sumber: Pinterest

Dek tersilap langkah memilih keputusan untuk berdampingan dengan roh, suatu hari kelibat yang disangkakan anak perempuannya itu rupanya syaitan semata.

Permulaan cerita agak laju di mana filem ini tidak membuatkan penonton terpinga-pinga menunggu untuk ‘disergah’ bahkan, efek bunyi-bunyian yang power juga setidaknya MEMBANTU penonton untuk dapatkan feel seram.

Jika anda tanya apakah penulis rasakan cerita ini seram? Tanpa berfikir panjang penulis akan cakap tidak. Memang ada beberapa babak yang membuatkan kita termangu kerana tidak menyangka yang “jembalang” tersebut mampu menyiksa mangsa sebegitu rupa tetapi most of all, rata-rata penonton menjerit kerana TERKEJUT dan bukannya kerana seram atau ketakutan.

Sumber: Pinterest

Sinematografinya memang tak dinafikan boleh tahan menarik, namun entah mengapa penulis rasakan Anabelle: Creation yang sepatutnya meninggalkan kesan pada jiwa ini seolah tidak tembus ke deria takut penulis. Keadaan ini berbeza dengan filem seram The Conjuring kerana ia berjaya membuatkan penonton rasa seolah berada dalam situasi sebenar.

Untuk si penakut, filem ini mungkin akan dianggap seram dan seronok tapi seperti penulis yang sememangnya ‘sukar ditakutkan’ filem ini adalah filem seram yang agak mengecewakan. Penulis bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ kerana jalan penceritaannya menarik dan buat kita rasa seronok hendak menonton namun disebabkan filem ini tidak mencapai jangkaan seram yang penulis harapkan, penulis tolak satu bintang dan mampu bagi ⭐️⭐️⭐️ sahaja. Sorry Anabelle! You aren’t good enough to scare people off.

Sumber: Pinterest

Bagi pendapat penulis, Anabelle: Creation hanya bergantung pada patung dan kelibat jembalang hitam semata-mata untuk menakutkan penonton berbeza dengan filem seram yang banyak menggunakan ‘jampi serapah’ dari bible atau tanda salib seperti yang ditampilkan dalam The Conjuring. Jika lebihkan jampi serapah serta masukan babak Exorcism, Anabelle: Creation ini mungkin akan jadi seram.

Orang yang dirasuk sepatutnya lebih agresif dan akan ketawa berdekah saat dirinya dicabar tetapi lain pula dengan watak kanak-kanak lumpuh bernama Janice itu kerana dia terlalu kaku.

Sumber: Pinterest

Percaya tak dalam Anabelle: Creation ni, hantu-hantu yang wujud semuanya tak reti gelak. Hantu sepatutnya kena gelak, barulah seram. Ni tak, semuanya serius, patung Anabelle tu je yang sengih macam kerang busuk dari awal sampai habis. Yang selebihnya semua serius. Janice yang kena rasuk pun serius. LOL! 😂

Amaran!

SIAPA YANG BELUM TONTON ANABELLE PERTAMA MESTI TAKAN FAHAM ENDING ANABELLE: CREATION NI.

Komen Anda