Kecantikan, Pilihan

5 Jenama Concealer Terbaik, Beli Di Farmasi Je!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
5 Jenama Concealer Terbaik, Beli Di Farmasi Je!

Khas buat mereka yang sering berkira-kira dalam membeli mekap, sebelum ini penulis pernah cadangkan beberapa item kosmetik terbaik yang boleh dibeli dari farmasi atau drugstore berdekatan seperti di Guardian dan Watsons umumnya. Ini termasuklah Maskara dan Bedak Asas (foundation).

BACA: 5 Jenama Maskara Terbaik, Beli Di Farmasi Je!

Di pasaran, terdapat pelbagai pilihan kosmetik menarik namun janganlah terlalu taksub menilainya berdasarkan populariti jenama semata-mata. Ini kerana, ada sahaja pilihan kosmetik yang dikeluarkan “jenama tak pernah dengar” namun MENGEJUTKAN kerana hasil yang diberikan adalah sama taraf dengan pilihan kosmetik berjenama yang ditawarkan gedung kecantikan seperti Sephora!

BACA: 5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!

Sumber: Health Magazine

Fungsi Concealer

Concealer adalah cecair likat atau krim yang dihasilkan dalm bentuk palet rona kulit agar mudah dipadankan dengan warna kulit seseorang bagi memudarkan atau menutup cela seperti parut wajah serta lingkaran gelap bawah mata.

Cara Betul Guna Concealer 

Sapuan concealer adalah bergantung pada jenis bedak asas atau foundation yang digunakan. Jika tidak, takut parut atau lingkaran gelap bawah mata tidak dapat ditutup dengan sempurna.

Sapu bedak asas jenis cecair dahulu baru sapu concealer. Sumber: Youtube

KALAU GUNA BEDAK ASAS JENIS CECAIR, sapu ia terlebih dahulu sebelum menutup kawasan berparut atau lingkaran gelap dengan concealer.

Sapu concealer dulu baru bedak asas jenis serbuk. Sumber: Youtube

JIKA GUNA BEDAK ASAS JENIS SERBUK, sapu concealer pada parut dahulu kemudian barulah diikuti sapuan foundation jenis serbuk rata ke seluruh wajah.

Cara Sapu Concealer

Cara terbaik untuk sapu concealer pada kulit adalah dengan gerakan menekap menggunakan jari atau span lembab. Jangan guna berus kerana ia tidak akan bantu menutup parut sampai hilang.

Sumber: Giphy

Menurut penulis, ini adalah 5 Concealer terbaik dan secara mudahnya boleh dibeli dari farmasi sahaja!

#1 Essence I Love Stage Eyeshadow Base & Concealer: RM15.90 [Beli]

Ramai yang tidak tahu… biarpun pada botol pembungkusan Essence I Love Stage Base Eyeshadow ini hanya tertulis “Eyeshadow Base”, namun ia juga sebenarnya berfungsi sebagai concealer untuk menutup cela wajah serta lingkaran gelap bawah mata.

Sumber: Amazon.com

Rangkaian kosmetik Essence ini hanya boleh dibeli di cawangan Watsons tau! Jangan cari di farmasi lain pula, memang tidak akan jumpa sampai ke sudah.

Menurut beberapa ulasan yang dibuat orang ramai, kata mereka ianya sangat berkesan untuk bantu mencerahkan kawasan gelap bawah mata serta dapat menutup parut selain jadi “eyeshadow base” untuk buat pembayang mata tahan lama. Ternyata Essence I Love Stage Eyeshadow Base & Concealer ini adalah pilihan concealer terbaik yang sangat versatile sebagai item mekap mampu milik!

Tonton Review Essence I Love Stage Eyeshadow Base & Concealer

https://www.youtube.com/watch?v=itf_ALeT-48&t=64s

BACA  Embellir Perkenal Krim Mata Dengan Daya Keberkesanan Yang Pantas

Biar pun warnanya agak terlalu oren untuk dijadikan concealer namun anda boleh perbaiki warna tersebut dengan menambahkan lapisan foundation agar warna oren itu tadi bisa ditenggelamkan sedikit. Dua fungsi dalam satu produk? Memang terbaik!

#2 Maybelline Fit Me! Concealer Comouflant: RM25.11 [Beli]

Rasanya dah lama kita tunggu rangkaian penuh Fit Me! Maybelline ni untuk masuk ke pasaran Malaysia. Dulu kalau teringin nak beli mesti kena kirim daripada kawan yang duduk di luar negara sana tu.

Selain Fit Me! Foundation yang sangat bagus untuk buat kulit jadi flawless, concealer dari rangkaian sama ini pun boleh tahan!

Sumber: maybelline.com

Kata orang, ini adalah concealer terbaik yang fungsinya sama hebat dengan NARS concealer!

OMG! Jadi buat apa anda beli concealer yang mahal seperti NARS kalau boleh dapat yang murah kan? Konsistensinya adalah ringan, tidak melekit dan tidak mengeringkan kulit seolah air. 

Tonton Review Maybelline Fit Me! Concealer Comouflant

#3 Revlon Colorstay Concealer: RM49.90 [Beli]

Ini adalah concealer kegemaran penulis! Tak kisahlah sehitam mana pun parut anda, setidaknya ia dapat menutup cela tersebut dengan baik biarpun harganya jauh lebih murah daripada high end concealer lain seperti dari Urban Decay mahupun Kat Von D.

Konsistensinya agak pekat namun mudah diratakan ke kulit menggunakan teknik dabbing dengan jari. 

Sumber: beautyandthebrunette.co.uk

Jika parut jerawat masih merah, cukup menyapu satu lapisan concealer ini tetapi jika parut jerawat sudah kering menjadi gelap kehitaman, penulis nasihatkan anda sapu dua lapisan ke atasnya bagi menutup rapi parut tersebut.

Harus diingat, sapu foundation dahulu (kalau guna liquid foundation) kemudian, baru lapiskan parut dengan concealer. Guna jari manis untuk menekap-nekap perlahan concealer kerana jika guna berus, sapuan concealer tidak akan berkesan.

Tonton Review Revlon Colorstay Concealer

Jika sapu dua lapisan, biar sapuan pertama kering dulu untuk elak mekap bercapuk sebelum menekap-nekap parut atau lingkaran gelap dengan lapisan concealer kedua. Jelas?

Namun begitu, kekurangannya hanyalah kerana concealer ini cuma ditawarkan dalam tiga pilihan warna sahaja dan mungkin agak sukar untuk dipadankan dengan kulit yang bertona gelap seperti si hitam manis.

#4 Canmake Cover & Stretch Concealer UV Waterproof SPF50 PA+++: RM42.80 [Beli]

Mungkin ramai yang terlepas pandang jenama kosmetik Jepun yang ini, tetapi tahukah anda bahawa Canmake Cover & Stretch Concealer adalah salah satu concealer terbaik yang dapat tutup parut sampai kulit nampak flawless?! 

Sumber: ebay

Bukan itu sahaja, konsistensi kalis airnya juga dapat bantu solekan tahan lebih lama sambil melindungi kulit daripada sinaran UV bahaya. 

Kekurangan adalah warna yang ditawarkan terhad dan agak sukar bagi mereka yang berkulit gelap. Tapi rata-rata orang kita biasanya berkulit cerah hingga ke sawo matang, jadi mudahlah untuk dipadankan dengan concealer ini.

Kulit berjerawat yang bebas dari solekan

Sumber: blogspot/somethingborrowedornew

Kulit berjerawat yang siap disapu bedak asas foundation

Sumber: blogspot/somethingborrowedornew

Hasil kulit berjerawat yang telah dilapisi foundation dan Canmake Cover & Stretch Concealer

Sumber: blogspot/somethingborrowedornew

#5 Bourjois Radiance Reveal Concealer: RM35.91 [Beli]

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Bourjois. Di luar negara, Bourjois sangat terkenal sebagai jenama kosmetik murah mampu milik yang bagus!

Selain Bourjois Healthy Mix Foundation mampu jadikan kulit halus dan mulus tanpa pori, concealer nya juga bisa beraksi hebat untuk hasilkan solekan flawless! Jika kulit anda berparut dan mata kelihatan sembab, penulis amat syorkan Bourjois Radiance Reveal Concealer ini!

Sumber: Twitter

Lebam dan lingkaran gelap bawah mata yang berjaya ditutup dengan Bourjois Radiance Reveal Concealer

Sumber: blogspot/matejasbeautyblog

Kalau boleh pudarkan lingkaran gelap, mesti boleh pudarkan parut juga betul tak? Cuba okay?!

Bonus!

Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle

Sumber: Amazon

Khas untuk lingkaran gelap bawah mata yang sukar untuk ditutup dengan conceler biasa mahupun sebarang color correcting cream lain, anda mungkin boleh manfaatkan Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle ini. Selain boleh hilangkan lingkaran gelap sekelip mata, kedutan halus pun boleh hilang juga! Siapa yang ada mata macam ‘panda’ tu memang wajib cuba produk ni, Mesti tak menyesal punya lah.

Tonton Review Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle

Tapi hati-hati masa pilih warna concealer ni, takut nanti tak match dengan kulit pula! Kalau kulitt cerah pilih “light”, kalau kulit serdehana gelap macam penulis ni pilih “medium” dan jika sebaliknya pilihalah warna yang lebih gelap okay?

Selamat mencuba!❤️