Salah seorang ahli kumpulan K-pop VIXX, N secara tiba-tiba pengsan ketika sedang membuat persembahan.
Penyanyi itu jatuh pengsan semasa menyanyikan lagu “Love Me Do”. Melalui rakaman video, dia dilihat cuba berdiri tetapi gagal. Dia meninggalkan persembahan dengan sokongan ahli kumpulan dan pengurus.
https://www.youtube.com/watch?v=4csusqJk7rs
Video kejadian itu dikongsi di media sosial dan rata-rata membangkitkan kerisauan dikalangan para peminat. Ada yang menyalahkan pihak pengurusan VIXX kerana tidak menjaga soal kesihatan dan keselamatan artis mereka.
Walaubagaimanapun, untuk menjernihkan keadaan salah faham, Jelly Entertainment menjelaskan kejadian itu terjadi kerana faktor cuaca panas jadi sukar untuk VIXX menyanyi dan menari, dilaporkan suhu pada masa itu mencecah sehingga 29 darjah Celcius. No wonder!
N dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.
Semalam, N sempat tweet menerangkan keadaan terkininya di media sosial;
“I’m sorry I caused worry to many people today. Some of you probably traveled a long way to see VIXX’ concert in Gyeongju, I’m very sorry. Next time, I’ll show you a healthy image and do my best to put my all into my performance. I’m very sorry.”
Harapnya selepas ini tiada lagilah keadaan seperti ini terjadi kepada mereka.