Berita & Isu Semasa, Hiburan

Berpuluh Ribu Peminat Banjiri Pavilion Untuk Jumpa Pelakon “The Battleship Island”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Berpuluh Ribu Peminat Banjiri Pavilion Untuk Jumpa Pelakon “The Battleship Island”

Hiburan Korea memang terkenal di Malaysia bahkan ada segelintirnya yang begitu obses sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi berjumpa bintang kesayangan mereka.

IKLAN

Beberapa minggu lalu, peminat filem Korea digemparkan dengan berita kehadiran bintang Korea Selatan terkemuka seperti Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jun Min.

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba semalam dan ramai yang nekad menyerbu pusat membeli-belah Pavilion demi melihat sendiri bintang utama filem “The Battleship Island” yang bakal ditayangkan pada 17 Ogos ini.

Turut serta dalam promosi jelajah di Kuala Lumpur ialah Pengarah filem genre aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan.

Menurusi perkongsian di media sosial semalam, peminat dan pengunjung sudah mula membanjiri perkarangan Pavilion sejak jam 2 petang lagi.

Kesemua bintang “The Battleship Island” pula tiba di lokasi kira-kira jam 7 malam.

Jangan tidak percaya kerana ketibaan bintang terkemuka itu telah disambut dan dialu-alukan lebih 60,000 orang yang rata-ratanya tidak percaya bisa bertentang mata dengan oppa kesayangan mereka itu!

Reaksi dan keterujaan dapat dilihat menerusi beberapa posting di Instagram dan Twitter.

 

The Battleship Island merupakan antara filem yang dinanti ramai dan akan ditayangkan di 113 buah negara.

Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di pulau Hashima. 

Pulau berkenaan sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut, lengkap tempat tinggal dan pusat pelacuran khusus untuk tentera.

SUMBER