Orang kata drama korea ni “berhantu”, bila sekali dah terjebak tengok dari episod pertama, mesti sampai bila-bila pun akan ikut drama tu hingga episod akhir kan? Senang cerita, k-drama memang addictive!
Muda-mudi zaman sekarang mesti hanya tahu judul-judul K-Drama terkini seperti Descendants of the Sun, Goblin dan My Sassy Girl… Walau bagaimanapun, tahun 2000 adalah zaman kegemilangan drama-drama bersiri Korea di Malaysia dan saat itulah juga ramai mula berminat untuk mengenali bintang-bintang K-Drama kegemaran mereka.
Untuk imbau memori lama, jom lihat senarai 10 K-Drama paling syok yang perlu anda tonton semula!
#1 Full House (2004)
Tak dinafikan, Full House adalah drama bersiri Korea pertama bagi kebanyakkan orang, penulis juga mengaku bahawa Full House adalah drama Korea pertama yang membuatkan penulis kenal dengan dua pelakon hebat seperti Rain dan Song Hye-kyo!
Penuh dengan babak kelakar yang semestinya buat anda tak kering gusi. Drama ni buktikan bahawa kata-kata “Jangan gaduh-gaduh, nanti lama-lama sayang” tu ada benarnya. Wajib rewatch!
Mula Tayangan: Julai 2004
Bilangan Episod: 16
#2 Autumn in My Herat (2000)
Orang kata drama romantik ni paling menyayat hati. Penuh dengan tragedi serta cerita kekeluargaan dan cinta sehingga mampu membuatkan penonton menangis tak henti. Dibintangi Song Hye-kyo, Song Seung-heon, Won Bin dan ramai lagi.
Yoon Joon-suh dan Yoon Eun-suh dibesarkan sebagai adik-beradik namun Eun-suh sebenarnya adalah daripada keluarga yang lain kerana tertukar bayi semasa di Hospital. Semuanya terbongkar sewaktu Eun-suh terlibat dalam kemalangan dan secara tidak langusng darahnya tidak sama dengan darah ibu mahupun bapanya.
Mula Tayangan: September 2000
Bilangan Episod: 16
#3 My Girl (2005)
Lakonan Lee Da-hae dan Lee Dong-wook, drama ini mengisahkan Joo Yoo-rin yang merupakan seorang wanita yang bijak menipu orang bagi mendapatkan duit bagi menyelesaikan hutang bapanya. Waris sebuah hotel yang lahir daripada keluarga mewah, Seol Gong-chan pula sengaja mengupah Yoo-rin untuk menjadi cucu datuknya yang telah lama hilang.
Semakin hari semuanya semakin menarik sehinggalah datuk Gong-chan pulih dari sakit dan dua orang cucunya termasuk Yoo-rin (yang sebenarnya cucu upahan) dipaksa untuk tinggal bersama membuatkan cinta berputik sesama mereka. Antara lokasi penggambaran drama ini dilakukan sekitar Filipina, Indonesia serta Taiwan.
Mula Tayangan: Disember 2005
Bilangan Episod: 16
#4 Stairway to Heaven (2003)
Drama epik yang penuh unsur percintaan yang dipegang watak Han Jung-suh serta Cha Song-joo. Kedua-duanya adalah sahabat baik sedari kecil namun terpisah selepas bapa Jung-suh berkahwin untuk kali yang kedua manakala Song-joo pula terpaksa sambung belajar di luar negara.
Akhirnya bila Song-joo pulang semula ke tanah air, hatinya remuk apabila mendapat tahu kekasihnya itu telah lupa ingatan kerana terlibat dalam kemalangan. Bagi mengembalikan ingatan teman wanitanya, dia membawa Jung-suh ke tempat-tempat memori mereka.
Mula Tayangan: Disember 2003
Bilangan Episod: 20
#5 Jewel in the Palace (2003)
Berkisarkan kisah benar ceritera sejarah klasik yang menampilkan pengembaraan Jang-geum lakonan Lee Young-ae, merupakan seorang tukang masak hebat yang sedang meniti takhta untuk menjadi wanita unggul dalam mengejar cinta dan cita.
Ini adalah antara K-Drama paling popular sepanjang zaman malah Jewel in the Palace juga berhasil ditayangkan di lebih 60 buah negara lain seluruh dunia.
Mula Tayangan: September 2003
Bilangan Episod: 54
#6 My Lovely Sam Soon (2005)
Kim Sun-a yang memegang watak sebagai Kim Sam-soon adalah seorang chef pastri hebat yang memiliki rupa paras biasa-biasa dan dalam masa yang sama bekerja sebagai orang suruhan yang berusia lewat 30-an.
Apabila dia ditinggalkan kekasihnya yang curang dan dalam masa yang sama telah kehilangan kerja, dia kemudian diupah bekerja oleh Hyun Jin-heon lakonan Hyun Bin yang merupakan seorang tauke restoran makanan Perancis. Dalam masa yang sama Jin-heon telah memaksa Sam-soon untuk menjadi teman wanitanya… meskipun dia tidak mahu jatuh cinta dengan mana-mana wanita namun terpaksa buat-buat cintakan Sam-soon agar ibunya berhenti menyuruh dia lekas mencari isteri.
https://www.youtube.com/watch?v=-qsUc-8V3_U
Mula Tayangan: Julai 2005
Bilangan Episod: 16
#7 Boys Over Flowers (2009)
Drama ini diilhamkan dari sebuah komik manga Jepun berjudul Boys Over Flower malah diadaptasi juga dari drama bersiri hit Taiwan iaitu Meteor Garden.
Tidak seperti rakan kelasnya yang kaya-raya, Geum Jan-di lakonan Ku Hye-seon adalah seorang pelajar sekolah swasta (private school) yang bercita-cita tinggi dan merupakan seorang yang bijak. Biarpun begitu, dia kemudian sedar bahawa dia mempunyai perasaan cinta terhadap sekumpulan pelajar lelaki yang paling digilai kaum sekolah itu. Kumpulan itu diberi nama F4 dibintangi Lee Min-ho, Kim Hyun-joong, Kim Bum dan Kim Joon.
Mula Tayangan: Januari 2009
Bilangan Episod: 25
#8 Princess Hour (2006)
Menceritakan tentang Chae-gyeong iaitu seorang pelajar sekolah tinggi. Suatu hari, dia menerima perintah dari datuknya di mana dia harus mengahwini Putera Mahkota Lee Shin yang sebenarnya bersekolah di sekolah tinggi yang sama. Harus akur demi hutang keluarganya, saban hari dia belajar cara praktikal menjadi puteri yang beradab. Namun suaminya itu adalah seorang putera sombong dan berhati batu yang sering merendahkan dirinya sebelum benar-benar jatuh cinta pada akhirnya.
Mula Tayangan: Januari 2006
Bilangan Episod: 24
#9 Coffee Prince (2007)
Coffee Prince adalah kisah Han-gyeol lakonan Gong Yoo yang merupakan seorang jejaka kacak yang benci untuk terikat dengan kariernya. Tidak mahu meneruskan legasi perniagaan keluarganya, dia walau bagaimanapun terpaksa akur dengan amanah neneknya untuk menjaga kafe milik keluarga. Biarpun begitu, akhirnya dia memiliki masa depan yang cerah sebagai pengurus kafe berjaya sebelum bertemu dengan seorang gadis tomboy yang memiliki personaliti aneh tetapi berjaya menambat hatinya sebagai wanita idaman.
https://www.youtube.com/watch?v=-TAygxM0FBo
Mula Tayangan: Julai 2007
Bilangan Episod: 17
#10 East of Eden (2008)
Mengisahkan Shin Tae-hwan yang merupakan seorang pengurus besar di lombong arang batu di Taebak. Dia juga merupakan pewaris syarikat dan perniagaan besar itu namun terlibat dalam pelbagai konspirasi khianat termasuklah pembunuhan Lee Ki-chul kerana dengki dan takut Ki-chul bakal mengambil alih menjadi pewaris utama syarikt tersebut. Bukan itu sahaja, Tae-hwan juga berniat menggoda seorang jururawat di Taebak Hospital dengan niat hanya untuk mempergunakan wanita itu.
Tidak lama selepas itu, isteri Ki-chul dan isterinya telah sama-sama melahirkan bayi lelaki di Taebak Hospital namun jururawat bernama Mi-ae yang telah dipermainkan tadi sengaja menukar sesama bayi mereka untuk membalas dendam.
Mula Tayangan: Ogos 2008
Bilangan Episod: 56
Bonus!
Winter Sonata
Antara drama bersiri Korea yang mula-mula masuk Malaysia!
Selamat ber “movie marathon” semuanya! ❤