Wanita gemar menukar-nukar gaya dan fesyen walaupun hanya dalam seminggu. Bukanlah sebab bosan tapi sudah menjadi lumrah untuk kelihatan cantik dalam pelbagai cara.
Musim luruh ini, Kate Spade meluaskan konsep make it mine dengan memperkenal beg tangan yang boleh ditukar rekaan hadapan. Peminat beg tangan Kate Spade kini boleh menukar gaya corak beg tangan mereka semudah 1,2 dan 3!
Rekaan ‘flap’ beg tangan yang terdapat dalam pelbagai corak dan warna. Jadi anda boleh menukar-nukar ‘flap’ mengikut gaya personailiti, musim fesyen dan bersesuaian dengan gaya harian.
Koleksi make it mine Kate Spade boleh didapatkan secara eksklusif di Pavilion KL dan The Gardens untuk masa yang terhad sahaja. Harga beg tangan (bare) make it mine bermula dari RM1680 dan ‘flap’ dari RM280 hingga RM480.