Info Menarik, Travel

Traveloka Tawar Promosi Hebat Sempena Hari Kemerdekaan Ke-60

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Traveloka Tawar Promosi Hebat Sempena Hari Kemerdekaan Ke-60

Berikutan sambutan bulan kemerdekaan, sepanjang Ogos hingga September akan datang, syarikat pelancongan atas talian terkemuka Traveloka ada menawarkan beberapa siri promosi bagi membuka peluang kepada semua rakyat Malaysiauntuk bercuti dan menghabiskan masa bersama tersayang.

IKLAN
Raja Ampat, Indonesia. Sumber: Pinterest

Dengan kerjasama bersama pihak syarikat penerbangan gergasi Malaysia Airlines, potongan harga sehingga 30 peratus diberikan untuk setiap penerbangan ke negara sekitar ASEAN (Asia Tenggara).

Bangkok, Thailand. Sumber: bangkok.com

Sepanjang bulan Ogos, pelanggan yang menempah penerbangan Malaysia Airlines melalui Traveloka akan menerima sehingga 15 peratus untuk terbang dengan kelas ekonomi dan diskaun sehingga 30 peratus untuk terbang dengan kelas perniagaan bagi penerbangan di seluruh Asia Tenggara.

Marina Bay, Singapura. Sumber: Mytravelo.com

Tiket ekonomi untuk ke Bangkok atau Bandar Ho Chi Minh hanyalah serendah RM410 dan RM428, termasuk elaun bagasi dan tempahan makanan.

Sumber: Traveloka

Diingatkan, tempoh perjalanan ini bermula dari dari 1 Ogos hingga 30 Semptember. Jom tempah penerbangan anda sekarang!

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.traveloka.com].