“Boleh tak aku pergi interview pakai crocs?”
Percaya atau tidak itulah pertanyaan yang penulis dapat hari ini dari seorang rakan rapat penulis. Apa dia sudah masuk air ke hendak pergi temuduga dengan memakai crocs! Masih ramai lagi yang tidak menitikberatkan tentang penampilan yang bermula dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Aturan langkah yang sempurna dan penjagaan imej bermula dari dua pasang kaki.
BACA: Anda Bukan Fashionista Selagi Belum Ada 7 Kasut Ini..
Buat anda yang sama perangai seperti rakan penulis, ini lah masanya untuk anda mengasah semula citarasa fesyen anda. Kalau masih lagi ragu-ragu tentang pemilihan kasut dan pakaian atau majlis, yup penulis sediakan ilustrasi mudah untuk anda memilih gaya kasut yang sesuai.
Pemilihan gaya fesyen dari penulis khas untuk wanita muslimah dan sukakan gaya sederhana.
#1 Gaya Sporty – Sneakers, Slip On Canvas dan Sandal Platform
#2 Smart Kasual – Pumps High Heels, Moccasins dan Flat Mules
#3 Kasual – Ankle Strap Block Heels, Peep-Toe Mules dan Sandal Platform
#4 Formal/ke Pejabat – Pumps High Heels, Kitten Heels dan Flats
Anda boleh juga pakai Kitten Heels bila memakai..BACA: Manisnya Berbaju Kurung Dengan Kasut Tumit Kitten Heels
#5 Formal/ke Majlis – Ankle Strap Heels, Pumps dan Kitten Heels
#6 Formal/ke Majlis (maxi skirt) – Ankle Strap Heels, Sandal Gladiator/Greek dan Sandal Flat
Sebenarnya banyak lagi jenis kasut yang anda boleh suai padan mengikut kesesuaian gaya fesyen harian anda. Pastikan anda sentiasa peka tentang perkembangan semasa fesyen dan paling penting confident bila menyarungkannya! Semoga artikel ini membantu semua pembaca Wanista ya, kongsikan juga pada teman-teman anda.
P/s – Penulis pun suka pakai crocs! Heee…