Info Menarik

Pembantu Rumah Dedah Kediaman Peribadi Milik Puteri Diana (4 Gambar)

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Pembantu Rumah Dedah Kediaman Peribadi Milik Puteri Diana (4 Gambar)

Setiap sudut dan ruang merupakan sentuhan peribadi Puteri Diana. Dari patung agama ke rak yang dipenuhi dengan patung-patung porselin, ini merupakan kediaman peribadi Puteri Diana di Istana Kensington.

Foto – DailymailUK

Diambil beberapa hari selepas kematiannya, di sini beliau menghabiskan banyak masa mengisi ruang peribadi dengan dekorasi yang mengingatkannya tentang impian, hobi dan paling penting keluarga.

Foto – DailymailUK

Dipercayai menjadi antara satu-satunya gambar kewujudan Apartment 8 dan 9 di Kensington Palace ini diambil oleh pembantu rumah Diana, Paul Burrell yang bekerja untuknya dari tahun 1987.

Dilaporkan kesemua soft toy ini merupakan koleksi peribadi Puteri Diana sendiri. Foto – DailymailUK
Bilik persalinan Puteri, penuh dihiasi dengan gambar-gambarnya dan anak-anaknya, William dan Harry. Foto – DailymailUK

Bercakap kepada Sunday Mirror, Burrell berkata:

“Bila Puteri pergi selamanya, saya merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk merakam setiap memori, di mana tempat tinggal Puteri, kehidupan rumahtangganya dan tempat besarnya Putera William dan Putera Harry.

“Bahagian dalaman ini dipilih oleh Puteri. Inilah tempat yang dipanggil RUMAH oleh Puteri. Tidak lama selepas beliau pergi, ingatannya terhapus dari Istana Kensington,” jelasnya.

Foto – DailymailUK

Baca: [12 Gambar] Taman Memorial Puteri Diana Hiasi Istana Dengan Pelbagai Bunga Kegemarannya

Komen Anda