Seperti yang kita tahu, pasangan ini sejak awal bulan lalu sering dilihat menghabiskan masa bersama dan khabarnya sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Namun, sejak semalam, telah heboh nama mereka disebut-sebut oleh media tempatan juga di Indonesia yang katanya bakal melangsungkan pernikahan pada pertengahan bulan September ini.
Sebuah portal media Malaysia @malaysia1news melalui Instagram ada memuat naik kenyataan yang berbunyi:-
https://www.instagram.com/p/BXesguJF2i2/
“News Akhirnya desas desus mengenai hubungan percintaan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan personaliti media tanah air, Engku Emran Engku Zainal Abidin terjawab.
Pasangan ini bakal berkahwin pertengahan bulan depan secara tertutup di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara.
Bella artis ternama di Indonesia membintangi banyak filem popular termasuk Syurga Yang Tak Dirindukan 2.
Engku Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira dan mempunyai seorang anak, Engku Aleesya“.
Biarpun begitu, kedua pihak masih belum tampil mensahihkan hal sebenar kepada umum.
Bukan itu sahaja, apabila Bella sendiri diajukan soalan apakah benar berita gembira yang digembar-gemburkan media itu, beliau hanya tersenyum tanpa memberi sepanjang penjelasan.
Dalam masa yang sama seolah ‘mengiyakan’, Bella ada memuat naik satu foto petunjuk (hint) yang mempunyai cap jari bertindih membentuk ilustrasi bentuk hati berwarna hijau kebiruan ke akaun Instagramnya tanpa disertai kapsyen pada petang semalam.
https://www.instagram.com/p/BXfJooLAkaA/?hl=en&taken-by=laudyacynthiabella
Menurut laporan portal hiburan Indonesia [tribunnews.com] pula, sebelum ini kelibat dua merpati sejoli ini pernah dilihat bertandang ke rumah Amy Search bagi membincangkan sesuatu malah katanya juga perbincangan itu adalah berkenaan hasrat Bella dan Engku Emran mahu menyunting Amy untuk membuat persembahan di majlis resepsi mereka nanti. Sebuah foto telah dimuat naik sendiri oleh isteri Amy Search sendiri ke akaun Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BWpmAHeDvwC/
Lambat laun, pasti Bella dan engku Emran tak akan segan silu untuk berkongsi dan mengumumkan sendiri secara rasmi berkenaan niat mereka untuk berkahwin tu. Jika benar, semoga dipermudahkan segalanya. Sama-sama kita nantikan.