Setelah berdiam diri buat beberapa ketika bagai menunggu keadaan kembali tenang, pelakon Afifah Nasir, 24 yang baru-baru ini terpalit dengan kontroversi kerana namanya dituduh menjadi punca salah faham antara penyanyi Aliff Aziz, 26, dengan isterinya, Bella Astillah, 23, akhirnya tampil memohon maaf.
Dia dengan rendah diri mengaku bahawa individu seperti yang dilihat menerusi rakaman CCTV pusat karaoke yang tersebar sejak beberapa minggu lalu adalah dia dan Aliff.
“Saya mengaku bersalah kerana membiarkan Aliff memegang tangan saya dan untuk itu saya mohon maaf pada Bella,” terangnya sewaktu berlangsung sebuah sidang media yang diadakan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur hari ini.
Pelakon baharu yang juga adik kepada artis Anzalna itu, mengakui langsung tidak menyimpan perasaan terhadap Aliff, 26, jauh sekali mahu merosakkan rumah tangga pelakon itu bersama isterinya, Bella Astillah, 23.
“Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Sejujurnya, saya tiada hati terhadap Aliff. Saya juga faham perasaan Bella sebagai isteri dan ibu yang baru melahirkan anak. Saya tidak pernah menyalahkannya.
ementara itu, Afifah mendakwa berasa dianiaya pihak produksi berikutan usaha mereka memujuk Aliff menyebabkannya terheret dalam kontroversi terbabit.
https://www.instagram.com/p/BW_-tGBg3Xk/?hl=en&taken-by=afifahnasir93
“Saya terkilan dan berasa dianiaya kerana mengikut arahan produksi yang mahukan saya melayan kerenah Aliff serta menjaga perasaannya hanya kerana mahu penggambaran berjalan lancar.
“Semuanya kerana Aliff tidak datang ke lokasi penggambaran selama lapan hari, selain lambat hadir ke set selepas hari raya lalu.
“Justeru, pihak produksi mencadangkan saya memujuk Aliff supaya dapat memberi kerjasama melunaskan baki penggambaran.
“Ikut jadual, penggambaran sepatutnya diadakan selama sebulan tetapi dengan masalah disiplin Aliff, ia berlarutan menjadi lebih dua bulan,” katanya.
Afifah turut meluahkan kekesalan kerana tiada wakil pihak produksi menyebelahi dirinya apabila kontroversi itu meletus.
Afifah menegaskan tidak pernah mahu ‘menggatal’ atau cuba merosakkan rumah tangga Aliff kerana apa yang dilakukan adalah demi pihak produksi.
“Saya menangis setiap malam bukan kerana dikecam netizen, tetapi disebabkan berasa terlalu bodoh mengikut cakap produksi,” katanya yang ditemani peguamnya, Sana Tufil Ahmad; kakaknya, Mia Nasir; kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar; dan pelakon, Allana Amir.
https://www.instagram.com/p/BXNqJ7vlX63/?hl=en&taken-by=aliffaziz91
Minggu sudah, Aliff telah mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya dalam sebuah sidang media berasingan kerana keluar dengan pelakon wanita terbabit saat Bella masih dalam pantang 20 hari. Aliff turut meminta maaf kepada isterinya serta ahli keluarga dan peminat kerana kenaifannya itu.