Kesihatan

Tidur Bogel: 10 Manfaat Bila Tidur Tanpa Seurat Benang!

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Tidur Bogel: 10 Manfaat Bila Tidur Tanpa Seurat Benang!

Tidur yang cukup sememangnya memberi kelebihan buat kesejahteraan dan kesihatan manusia.

Selain daripada selesa kerana tidak dibaluti pakaian yang menyesakan tubuh, tahu tak tidur tanpa seurat benang boleh membuatkan tidur seseorang individu bertambah lena?

Ini mungkin 10 sebab terbaik kenapa Kang Gary suka tidur bogel! 😜

#1 Tempat Tidur Jadi Lebih Bersih!

“Eh? Kenapa pula lebih bersih? Bila tak pakai baju mestilah peluh dan kuman daripada badan mudah melekat dan mencemari tempat tidur.”

Sumber: Pinterest

Ha, sebab itulah anda secara automatik akan menjadi rajin untuk kerap mencuci cadar, menjemur tilam atau mungkin juga menyemburkan pewangi pada selimut dan bantal-bantal!

Bila kerap mencuci, mengemas dan membersihkan tempat tidur kerana takut kuman membiak disebabkan tabiat anda tidur bogel tu, confirm katil sentiasa bersih!

#2 Diri Jadi Semakin Rajin

Sumber: Pinterest

Ada orang kalau duduk di rumah especially on weekend, kadang-kadang satu hari suntuk tak mandi sebab malas.

Untuk banteras kemalasan anda tu, ada baiknya anda tidur tak berbaju. Bila tak berbaju anda mesti lekas bangun pagi untuk mandi dan keluar dari bilik berbaju bagi melakukan aktiviti harian. See, sekarang anda dah berubah jadi rajin. Kalau pakai baju tidur, mesti malas mandi, terbaring atas katil 24 jam pun tak apa. Ada tu, pergi pasar pun sanggup pakai baju tidur… Anak dara siapa lah yang malas sangat tu kan? 

#3 Rasa Lapang Diri

Sumber: Pinterest

Bayangkan anda sedirian dalam bilik, tidur tanpa seurat benang. Bukankah itu perkara yang paling menyeronokkan? Orang perempuan terutamanya, rimas bila bahagian atas tubuh dicengkam bra yang ketat, tak selesa betul nak tidur kan? Bila tubuh bebas macam ni, memang syok! Sejuk dan tidur pun jadi lagi lena.

#4 Sentuhan Kulit Intimkan Suami Isteri

Bila kulit kita bersentuhan dengan kulit pasangan, pastinya terasa lebih intim dan akrab dengan si dia. Feel the love now?

Sumber: Pinterest

Pakar psikologi dan nabi sendiri juga ada menasihatkan supaya suami isteri saling membelai, bersentuhan untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. Ibu yang selalu memeluk anaknya juga bisa menggalakkan pertumbuhan otak si cilik tu tau!

Hmm… ini mungkin sebabnya kenapa pasangan orang barat lebih mesra berbanding kita di Asia. Amalkan okay?

#5 Stabilkan Melatonin & Hormon Tumbesaran

Tidur pada suhu 70ºF ke bawah setiap malam dapat melancarkan pergerakan melatonin dan kadar hormon tumbesaran. Kedua-dua kimia dalam tubuh itu tadi akan bantu mengawal penuaan dan janjikan kesejahteraan tubuh.

Sumber: Pinterest

Bila tidur dengan pakaian, tubuh anda akan cepat panas membuatkan hormon-hormon berkenaan terbantut. Atau dalam kata lainnya, anda akan cepat tua.

#6 Kulit Makin Sihat!

Sumber: Pinterest

Lebih-lebih lagi buat penghidap penyakit gatal-gatal kulit seperti ekzema, dalam sesetengah keadaan kulit jadi sensitif dengan geseran pakaian yang kemudiannya akan membuatkan gatal-gatal berlaku, jadi cuba tidur tanpa berpakaian dan ini mungkin mengurangkan potensi anda menggaru semasa tidur.

Bukan tu je, berbogel semasa tidur juga mampu melancarkan aliran darah dalam tubuh.

#7 Mungkin Dapat Turunkan Berat Badan

Sumber: Pinterest

Sebuah kajian yang dilakukan terhadap lima orang lelaki penghidap diabetes mendapati, selepas sebulan mereka ditempatkan dalam keadaan pada suhu yang rendah dan lebih sejuk (dari 74º ke 66º). Rata-rata mereka menunjukkan perkembangan positif dan dianggap tidur tanpa pakaian boleh mengurangkan kalori sebanyak 30 peratus. Hmm… siapa sangka tidur pun boleh kurus, asalkan anda tidur dalam keadaan sejuk.

#8 Tidur Lebih Terjaga

Kadang-kadang tak dapat tidur waktu malam bila cuaca panas!

Sumber: Pinterest

Tau tak bila tidur anda terganggu, sejenis kimia dalam tubuh yang dipanggil kartisol akan terhasil yang kemudiannya membuatkan selera individu tersebut meningkat keesokkan harinya. Tu yang bila terjaga waktu malam terus cari makan. So, kalau tak nak makan tidur makan tidur, sebelum gemuk baik anda pastikan tidur anda lena dengan…tidak memakai baju!

#9 Organ Seksual Akan Gembira!

Bagi kaum lelaki, tidur dalam keadaan sejuk dapat seimbangkan suhu organ seksual anda. Ini menjanjikan sperma yang lebih sihat malah sistem persenyawaan juga dapat berfungsi secara normal.

Sumber: Pinterest

Untuk wanita pula, apabila organ kemaluan anda lapang tanpa dibaluti seluar dalam yang ketat dan lembab sentiasa ini, ia seterusnya dapat memelihara vagina daripada jangkitan kulat. Ini kerana kulat vagina gemar membiak di sekitar kawasan kulit kemaluan yang basah dan lembab. Selepas buang air, pastikan anda lap kawasan tersebut kering-kering sebelum menyarung semula seluar dalam. 

No more underwear at night!

#10 Dapat Jimat Duit!

Tak payah lagi beli atau cuci baju tidur! Sekarang kan anda tidur hanya berselimut semata :)

Apa-apa pun, penulis tahu ada antaranya yang akan berasa janggal tidur cara ni kan? Tak apa, untuk permulaan mungkin anda boleh pakai pakaian dalam je dahulu nanti bila dah yakin baru mula tidak berpakaian langsung.

Sumber: Pinterest

Tapi ingat, tidur kat rumah sendiri je macam ni tau, kunci pintu… kang ada yang serbu masuk mau kelam-kabut dibuatnya.

TAMBAHAN

Anyway, artikel ni mungkin agak kontroversi kerana akan ada mindset ‘orang kita’ yang tidak bersetuju dan beranggapan tabiat ini “tidak masuk akal”, namun ingin ditekankan ini cumalah perkongsian berlandaskan beberapa kajian saintifik yang pernah diterbitkan dalam jurnal-jurnal akademik.

Penulis tak akan tulis perkara ni kalau tak ada sumber yang sahih. Nanti jatuh dosa bila kongsi ilmu tak bermanfaat betul tak? Jadi maaflah jika ada mana-mana pihak terutamanya yang komen “tak masuk akal” dan sebagainya tu. Untuk pengetahuan semua tiada hukum haram jika tidur bogel malah tuhan kata “harus” jika cuaca terlalu panas asalkan kita menjaga aurat dengan tidur berbogel mestilah secara bersendirian atau bersama pasangan (suami dan isteri).

Penjelasan Tentang Tidur Berbogel

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya: diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:

“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Nasihat penulis, orang-orang kita ni dah patut buka minda tu sedikit, bukan terus membuat andaian sendiri dan melulu. Tidur berbogel bukanlah suatu dosa dan tidak jatuh pada hukum haram. Hanya akan menjadi haram jika kita mendedahkan aurat dengan sengaja kepada orang yang bukan mahram atau muhrim.

Elaklah tidur meniarap kerana tidur cara itu menyerupai posisi tidur penghuni Neraka dan amatlah ditengah oleh Nabi. Wallahu A’lam Bissawab.

Selamat beramal!

RUJUKAN 1 & 2

Komen Anda