Pernah tak anda mengalami bedak asas pada wajah bertukar kepada warna putih atau kelabu? Bercapuk dan tidak sekata dengan produk lain seperti concealer dan contouring. Salah teknik atau salah pemilihan bedak asas?
Paling jelas ketika gambar wajah anda diambil dengan flash kamera yang tinggi. Memang kantoi, pandai mekap suam-suam kuku. Itu belum lagi kalau mekap sudah bercampur dengan peluh, warna bedak asas mula semakin kelam dan muka boleh jadi kusam pula!
Kenapa agaknya bedak asas boleh bertukar sebegitu rupa? Jom siasat, samada anda pernah lakukan kesalahan ini…
Masalah ini biasanya terjadi pada wanita yang mempunyai warna kulit yang gelap. Tersalah memilih tona bedak asas yang lebih cerah dari warna kulit yang asal, jadi warna bedak asas tidak blend dengan warna kulit jadinya kelabu asap lah! Hati-hati ketika memilih rona bedak asas anda, jika tidak pasti dengan pilihan dapatkan nasihat dari juru kecantikan sebelum membeli.
BACA: Rahsia Bedak Asas Tidak Pecah dan Kekal ‘Glowing’
Manusia sememangnya unik dan berbeza-beza termasuklah warna kulit kita semua. Bukan sahaja warna kulit malah undertone kulit wajib diambil kira sebab ia pun penyebab bedak asas jadi kelam. Kenali warna undertone kulit anda supaya ianya match, sebagai contoh pada mereka yang memiliki undertone kuning pilih bedak asas yang juga sama warna undertone.
BACA: Cara Memilih Bedak Asas Yang Betul Untuk Wajah Anda!
Mungkin ada juga bedak asas anda tidak sesuai dicampurkan dengan produk lain. Sesetengah sunscreen yang tinggi SPF mungkin akan meninggalkan kesan putih yang menyebabkan warna bedak asas tidak dapat diseratakan. Formula yang berbeza dari primer dan bedak asas juga memberi kesan bercapuk dan warna kusam pada kulit.
Diharap lepas ini tiada lagi kesalahan asas yang anda buat, kalau tak memang hancurrrrr mekap!