Mondelēz Malaysia (Mondelēz) hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats).
Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaansekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.
Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) menjelas;
“Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”
https://www.instagram.com/p/BXR1G6PD-gJ/?taken-by=wanistadotcom
Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.
belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek – 80g (RM2.90) dan 160g (RM5.20).