Penyanyi Aaron Carter adik kepada salah seorang ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter mengejutkan peminatnya selepas membuat pengakuan dirinya seorang biseksual menerusi status di Twitter.
Aaron Carter menjelaskan bahawa dia perlu memberitahu sesuatu kepada peminat dan perkara tersebut telah lama bersarang dalam dirinya sejak sekian lama.
“Saya membesar dalam industri hiburan dan sejak berusia 13 tahun, saya mulai sedar yang saya tertarik pada lelaki dan perempuan.
“Sehinggalah pada usia 17 tahun, selepas beberapa perhubungan dengan perempian, saya mula menjalinkan hubungan intim bersama seorang lelaki. Saya pernah bekerja dan membesar dengannya,” jelas Aaron tanpa menyebut nama lelaki berkenaan.
Nick mengakhiri mesejnya dengan memetik kata-kata daripada Boy George: “I’ve never felt as though I didn’t belong, I just acted as though I did.”