Hiburan, Review - Filem

5 Filem ‘Rom-Com’ Berkisarkan Kehidupan Seorang Penulis

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
5 Filem ‘Rom-Com’ Berkisarkan Kehidupan Seorang Penulis

Cinta…suatu yang misteri dan tidak boleh dikawal..

Wanita mana yang tidak tercuit dengan cerita-cerita cinta, lagikan cinta yang mempunyai unsur jenaka. Orang kata cerita cinta dilayar perak sememangnya angan-angan sahaja dan tidak mungkin ada didalam realiti. Tapi kita sebenarnya tidak sedar, emosi yang diulit dalam filem juga hasil dari garapan seorang manusia. Jeng jeng jeng…

Penulis suka menonton filem cinta romantik komedi, tidaklah terlalu obses hanya untuk meringankan kepala dan melepasakan stress. Apa yang penulis perasan, kebanyakan filem rom-com mengetengahkan watak heroin sebagai seorang penulis. Menarik sangat ke kehidupan seorang penulis sehingga sering dijadikan heroin dilayar perak? Walaupun tidak 100% sama seperti hidup realiti seorang penulis yang lain, namun ada satu ketika penulis rasa ‘dekat’ dengan watak dan kerjaya mereka. 

5 Filem Romantik Komedi Berkisar Kerjaya Seorang Penulis…

#1 13 Going To 30

Foto – Pinterest

Jenna seorang gadis 13 tahun yang terkena sumpahan apabila dia terus menginjak ke umur 30 dan memegang jawatan sebagai editor disebuah majalah wanita terkenal Poise. Disebalik terperangkap dalam usia 30 tahun, Jenna berusaha dalam mengembali pulih nama Poise dengan memperbaik pulih isi kandungan majalah dan yang mencari perkara capture semula hati pembaca. Cinta? Jenna mula mencari Matty, rakan baik yang pernah dia kecewakan.. 

Apa yang penulis pelajari: Memang susah hendak kita mencari suatu bahan yang boleh menarik pembaca dan yang paling teruk bila idea tulisan ditiru oleh majalah lain. Remuk hati…

#2 How To Loose Guy In 10 Days

Foto – Pop Sugar

Dicabar oleh editor untuk menulis ruangan ‘How to Lose a Guy in 10 Days’ membuatkan Andie bergelut dengan seorang lelaki yang dikenali secara ‘tidak sengaja’, Benjamin. Andie terus melakukan perkara jelik wanita untuk Benjamin memutuskan hubungan mereka. Namun Benjamin semakin berkeras dan sanggup menerima apa sahaja perangai buruknya. Jika eksperimannya tidak berjaya, bagaimana Andie hendak menulis artikel tersebut. 

Apa yang penulis pelajari: Kalau menulis untuk review memerlukan ketekunan yang tinggi. Wajib pelajari produk tersebut dan terima ia baik atau tidak tapi…janganlah sampai melukakan hati orang. 

#3 The Devil Wears Prada

Foto – The Hollywood Reporter

Menariknya tentang filem ini ialah bukanlah tentang percintaan diantara wanita dan lelaki. Bagi penulis ialah tentang percintaan watak bersama kerjaya mereka. Andy yang baru sahaja tamat kolej sememangnya bercita-cita untuk menjadi penulis tentang kemasyarakatan namun dia terima bekerja sebagai pembantu peribadi bagi editor majalah fesyen Runway. Filem ini menonjolkan dunia sebenar sebalik majalah fesyen dan bagaimana Andy jelas kenapa Miranda sanggup menikam belakang rakan bagi kepentingannya. 

Apa yang penulis pelajari: Tidak kiralah tentang apa pun yang kamu menulis. Ia tetap punya value dan sebuah karya…memang biasa dengar ‘alah, senang jer kan tulis pasal fesyen dan beauty‘. No girls…

https://www.youtube.com/watch?v=XTDSwAxlNhc

BACA  [Review Filem] Cerita Cinta Paling Comel, Milly & Mamet Buat Penonton Ketagih!

#4 Trainwreck

Foto – Chicago Tribune

Amy bukan sahaja seorang penulis, malah kaki minum dan tidak mempercayai istilah cinta. Dia mula merasakan jatuh cinta apabila ditugaskan untuk mempersiapkan artikel tentang kesihatan-sukan dengan seorang doktor, Aaron. Namun hubungan cinta mereka tidak berpanjangan kerana Amy tidak mahu untuk terus memberi komitmen. Walaupun mereka tidak lagi bersama, Amy tetap menulis tentang wawancara tentang Aaron dan menghantar artikel tersebut ke majalah Vanity Fair. Nak tahu kesudahan? Anda kena tontonlah… 

Apa yang penulis pelajari: Tidak semestinya kena menulis sesuatu yang kita suka sahaja. Kadang-kala kita kena pelajari juga perkara baharu terutamanya yang bertentangan supaya minda lebih terbuka dan jari semakin rancak menaip. 

#5 Ruby Sparks 

Foto – Collider

Obviously, penulis bukan lelaki mahupun penulis novel. Ruby Sparks sedikit berbeza diantara 4 filem diantara kerana watak utama dan sebagai penulis ialah seorang lelaki, Calvin. Bergelut mencari idea untuk penulisan yang seterusnya, Calvin mula terjerumus dalam imaginasi yang membawa ke alam realiti. Wanita yang selalu dia bayangkan kemudian wujud dan menjadi teman wanitanya, Ruby Sparks! Namun bahagiakah Calvin dengan wanita khayalannya? 

Apa yang penulis pelajari: Sangkaan untuk menjadi penulis novel adalah mudah tapi rupanya tidak! Perlu tinggi imaginasi dan ketekunan yang kadangkala membawa diri leka dari dunia sebenar. 

Ada lagi tak movie yang penulis tertinggal? Cadangkan mana-mana filem romantik komedi yang anda suka, nanti penulis tonton ya!