Apabila Selena Gomez memulakan sesuatu projek, dia jadikannya peribadi. Bukti bukan hanya dalam lagu atau muzik video, tetapi dalam kerjasama barunya dengan pengarah kreatif Coach, Stuart Vevers, Selena berjaya tampilkan hasil cukup bermakna.
Apa yang membuatkan ianya begitu peribadi? Setiap helaian disertakan dengan tandatangan Selena bersama beberapa kandungan mesej dari penyanyi itu kepada peminatnya. Antaranya berbunyi seperti “To be you is to be strong”, “Love yourself first” yang diletak pada tag di setiap koleksi.
Koleksi yang dinamakan Selena Grace ini didatangi dalam warna merah, hitam, kuning neutral, mudah untuk dipadankan dengan setiap fesyen pilihan.
“Saya sangat teruja untuk menunjukkan hasil reka bentuk saya bersama Stuart. Saya tidak sabar untuk membawanya – ia benar-benar serba boleh, sempurna untuk dipakai setiap hari dan sesuai dengan segala-galanya,” terang Selena.
“Apabila kami menghasilkan Selena Grace, ia adalah tentang meneroka kualiti yang Selena mahu dan mewujudkan sesuatu yang dirasa peribadi kepadanya,” jelas Stuart Vevers.
Pesanan pra dalam talian boleh dibuat pada 14 Ogos dan akan tiba di seluruh dunia pada 1 September.