Malaysia sering dilambakkan dengan filem bergenre seram. Dan setiap kali itu, filem seram mendapat tempat di hati penonton kita. Seperti yang akan datang ini dikatakan filem paling seram pada masa ini.
IT, filem yang diangkat dari novel hasil karya novelis Stephen King. Ia menggunakan set masa lampau pada tahun 1980-an. Filem ini mengisahkan badut pembunuh yang mengerikan, dikenali sebagai Pennywise yang menjadi dalang kepada kehilangan kanak-kanak di Maine, Amerika Syarikat.
Sinopsis
Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu. Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu. Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.
Hanya melihat trailer sahaja, filem IT ini bakal memberikan kejutan dan menyeramkan.
Tonton sini:
Teruja nak tonton? Wanista nak beri pas eksklusif menonton filem ‘IT’ yang akan ditayangkan pada 7 September 2017 di seluruh pawagam tanah air kepada semua pembaca.
Filem : IT
Tarikh : 5 September 2017
Masa : 8.45 malam
Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Untuk menang pas anda dikehendaki menjawab soalan mudah seperti yang tertera berikut;
Syarat Pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. Peraduan ini hanya sah dari 8 Ogos 2017 sehingga 1 September 2017.
3. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5. Pemenang dikehendaki datang tuntut pas eksklusif filem IT di GSC Mid Valley Megamall pada 5 September 2017 jam 8.30 malam.
Good Luck!