Siapa kat sini masa travel pun tak boleh lepas dengan mekap?!
Jadi beg anda semestinya lagi banyak, besar dan berat berbanding dengan rakan travel anda yang lain. Kadang kala terasa juga seperti anda menyusahkan dan membebankan diri sendiri.
Hentikan semua itu! Apa yang perlu anda dapatkan ialah tips, produk atau barang yang boleh meminimakan barangan yang ingin dibawa. Jadilah pengembara yang bijak..tapi macam mana?
Ikuti tips dari Wanista dan pasti persiapan percutian anda lebih mudah..
#1 Penyegar + Penanggal solek
Buat apa sampai hendak bawa sebotol penyegar, makeup remover dan kapas. Dapatkan produk penyegar yang juga sesuai sebagai penanggal solek, dua dalam satu. Pilihan penulis ARCONA Triad Pads Refresh, teman sejati yang mudah dibawa dan paling best untuk tanggalkan dan bertindak penyegar hanya dalam satu kapas!
BACA: Apakah Kelebihan Arcona Triad Pads Berbanding Kapas Muka Biasa?
#2 Tak Perlu Bawa Semua Jenis Berus Mekap
Memang ada yang tidak boleh tinggal kesemua berus mekap tapi ingat anda cuma pergi bercuti hanya untuk beberapa hari. Risau dengan kebersihan, warna produk pada berus dan tiada masa untuk mencuci berus akibat menggunakan berus yang sama. Guna sahaja semburan pembersih dari Sephora, The Cleanse: Daily Brush Cleaner. Mudah, hanya spray dan lap pada kain atau tisu.
#3 Tukarkan Kepada Botol Jenis Travel Pack
Krim pelembab muka, losyen tangan badan, syampu, perapi dan banyak lagi tukarkan kepada botol kecil sesuai untuk travel pack. Isikan kuantiti mengikut penggunaan dan berapa lama percutian anda.
#4 Minyak Wangi?
Memang leceh untuk membawa botol minyak wangi yang biasanya dari jenis kaca, takkan nak tukar pula kepada botol jenis travel? Tak masuk akal! Jadi bijak dengan mencari losyen yang sama kuat baunya seperti memakai minyak wangi. Bawa sahaja losyen yang didatangi bersama dengan minyak wangi anda, apply bila perlu sahaja. Opps! Bawa yang travel size ya..
#5 Cukup bawa dua batang lipstik dan pelembab bibir
Jangan pula sampai bawa lebih dari 5 rona lipstik cukup dengan membawa dua yang dari warna lembut dan terang. Supaya ianya sesuai untuk aktiviti siang dan malam. Paling penting gunakan pelembab bibir atau lip balm setiap kali sebelum lipstik untuk elak dari kekeringan.
Nanti nak travel jangan lupa checklist ini ya! Selamat beramal