Bagaimana cara anda untuk menghilangkan stress? Karaoke? Online Shopping? Memasak? TV?
Dari suara nyanyiannya yang merdu, penyanyi kecil molek IU terkenal dengan banyak perkara lain. Kebelakangan ini, penyanyi bersuara emas telah menunjukkan obsesi terhadap permainan Slime yang pernah popular sekitar tahun 90-an.
Untuk yang tidak tahu, Slime adalah gumpalan cecair kental yang boleh dimainkan dengan menekan atau memicit sehingga dapat berubah menjadi pelbagai bentuk, kebanyakan orang menjadikannya sebagai alat untuk menghilangkan tekanan, sama seperti fidget spinner.
Obsesi IU terhadap slime dapat dilihat melalui rakaman video Instagram. Dalam video tersebut, IU sekadar menunjukkan dirinya bermain dengan slime. Bahkan, setiap video yang dikongsi IU menarik perhatian netizen sehingga jumlah tontonan lebih satu juta untuk setiap video.
Walaupun rata-rata netizen merasakan IU sangat comel dengan hobi baru tersebut, tetapi ada setengahnya berpendapat bermain slime sangat annoying lebih-lebih lagi dengan bunyinya yang agak menggelikan.
Tapi yang pasti, menurut IU sendiri, bunyi slime dapat membantu dia tidur dengan lebih baik.
Baguslah kalau begitu. Setiap orang ada cara mereka yang tersendiri dan mungkin ini cara IU untuk merasa lebih tenang. Kita sebagai peminat janganlah cepat sangat nak judge orang.