Selain G-Dragon, seorang lagi ahli BigBang yang tidak kurang hebatnya malah boleh digelar ‘trendsetter’ adalah Taeyang.
Pengaruh Taeyang bukan calang-calang dalam industri fesyen kerana baru-baru ini jenama rumah fesyen Fendi telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama Taeyang. Koleksi kapsul bergelar “FENDI for Young Bae” ini menampilkan ceraian seperti jaket, baju-T, beg galas, pouch, kasut, dan key charm dengan gabungan stail signatur Taeyang bersama intipati Koleksi Luruh/Sejuk 2017 mereka. Hebat, bukan?
Selain fesyen, Taeyang juga terkenal dengan gaya rambut unik yang ditonjolkan untuk setiap comeback album mahupun single. Kredit buat kesemua jurugaya Taeyang kerana setiap kali stail rambut baru dibuat, pasti ia menjadi trend hangat di kalangan anak muda bahkan idol juga turut menirunya.
Bukan itu sahaja, kebanyakan stail rambutnya sangat unik seperti ianya dicipta khas untuk Taeyang sahaja, even G-Dragon tak mampu.
#1 Rambut light pink ketika era Bang Bang Bang, one of my favorite!
#2 Anda mampu tocang sebegini?
#3 Ketika era Ringa Linga, Taeyang mengejutkan peminat dengan rambut blonde dengan stail Mohawk.
#4 Rasanya penyanyi lain tak mampu menggayakan rambut ala Bob Marley versi pendek ini. Cukup unik!
#5 So far ini stail paling ‘normal’ dari Taeyang.
#6 Stail rambut paling ikonik sekali, sehingga menjadi meme di media sosial. Ada yang menggelarkan ‘sushi hair’, ‘kimbap hair’ dan macam-macam lagi.
#7 Ini akibatnya jika banyak warnakan rambut. #badhairday
#8 Kacak sungguh!
#9 Untuk comeback bulan Ogos, Taeyang muncul dengan stail rambut blonde ala ‘atuk’.
#10 Menurut Taeyang, nak dapatkan stail sebegini, dia akan sentiasa ‘membasahkan’ dengan air bagi kekal lembap.
Antara kesemua ini, yang mana paling unik bagi anda?