Pada yang tidak berminat tentang kecantikan dilarang membaca artikel ini!
Sesekali ada juga penulis mendengar keluhan teman-teman rapat tentang terpaksa menghabiskan wang ringgit demi menjaga kecantikan kulit. Itu tidak mengapa lagi, tapi yang paling penulis tidak suka bila ada yang kononnya lebih suka kepada konsep ‘natural beauty’ dan tidak sanggup hendak manjakan kulit dengan bahan-bahan kimia.
Lagi naik berang, bila golongan ini menuduh kita ini membazir! Hmmmm….
Jujur cakap, penulis sudah malas hendak melayan karenah individu berpenyakit hati ini. Jadi hari ini penulis nak kongsi tentang krim muka paling mahal di dunia.
Hello! Anda ingat memang tiada ke manusia yang sanggup menghabiskan duit untuk beli krim lagi mahal dari gaji bulanan anda. YA, ADA!
#1 Chanel Precision Sublimage Serum Essential Regenerating Cream (RM1,610)
Tidak terkecuali, jenama fesyen mewah Chanel juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan wajah. Salah satu produk yang paling mendapat ialah Chanel Precision Sublimage Serum Essential Regenerating Cream. Dikatakan bahan utama krim ini ialah Planifolia PFA, bahan yang dicipta sendiri oleh Chanel. Planifolia PFA merupakan ekstra dari pokok orkid vanila iaitu tinggi antioksida orkid Vanilla Planifolia.
#2 Guerlain Orchidee Imperiale Cream Next Generation (RM1,760)
Percaya atau tidak, Guerlain telah menjalani 10 tahun ujikaji untuk menghasilkan krim ini (WOW). Krim yang dijual dengan harga hampir RM2000 menjanjikan kulit semakin muda, berseri dan menghilangkan segala tanda penenuaan dalam masa satu bulan! Kandungan utama krim ialah Imperiale Orchidee Molecular Extract, jangan cuba cari pada krim lain sebab hanya ada pada Guerlain Orchidee Imperiale Cream Next Generation.
#3 Chantecaille Nano Gold Energizing Cream (RM1,801)
Sama seperti krim yang terdapat dipasaran yang lain, Chantecaille Nano Gold Energizing Cream mengunakan emas 24 karat yang ditukar kepada partikal nano microfiber yang membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit. Selain itu, ia juga mempunyai asid latik dan ekstra nenas dikatakan boleh mengurangkan stress dan mengembalikan tenaga kulit (aduhai).
#4 Amore Pacific Time Response Skin Renewal Creme (RM1,720)
Krim yang diperkaya dari bunga teh yang diambil dari ladang teh milik syarikat sendiri di Korea dan disatukan dengan pelbagai lagi ‘100 herba terbaik dunia’ dalam satu bekas. Amore Pacific Time Response Skin Renewal Creme hanya dijual di stor eksklusif seperti Neiman Marcus dan dibungkus dalam bekas berwarna emas.
#5 Sisley Sisleya Global Anti-Age Cream (RM1,974)
Anda berusia 30 tahun keatas dan sering stress? Mungkin krim Sisley Sisleya Global Anti-Age Cream patut anda beli sekarang! Menggunakan dos retinol (Vitamin A) yang tinggi dan mengandungi vegetal ekstra rich in ursolic acid, sejenis asid melawan kanser yang dijumpai didalam buah epal dan kranberi.
#6 Orlane Creme Royale (RM2,787)
Orlane Creme Royale antara produk paling mahal dikeluarkan oleh Orlane. Ia juga menggunakan emas 24 karat dan madu (royal jelly) sebagai bahan utama yang dipercayai tinggi anti-oksida dan kembali menegangkan kulit kendur.
#7 Kanebo Sensai Collection Premier the Cream (RM2,787)
Jenama ini memperkenalkan bahan krim dari sutera Koishimaru yang ‘hanya digunakan oleh kerabat diraja Jepun’. Ekstra dari sutera tersebut menghidrasi dan menghasilkan sintesis asid hyaluronic pada kulit. Ia juga merangsang pertumbuhan sel baharu dari ekstra rumpai laut Jepun, beta-carotene dan banyak lagi. Wow sangat…
#8 La Prairie Cellular Cream Platinum Rare (RM4,288)
La Prairie Cellular Cream Platinum Rare menggunakan platinum dalam krim mereka! Jenama asal Switzerland ini memperkenal krim untuk mereka yang ingin kekal awet muda. Masalah kulit kedut, garis halus, tona kulit sekata boleh diperbaiki dengan krim ini.
#9 Cle de Peau Beaute Synactif Intensive Cream (RM4,288)
Krim mewah dari jenama mewah ini mengabungkan banyak ramuan untuk menjadikan ia sebagai krim paling terbaik. Vitamin, Vitamin C, Hyaluronic Acid dan bauan mawar (dari mawar yang terpilih sahaja) antara yang diletakkan dalam bekas hitam ini. Sesuai untuk mereka yang ingin menegangkan bahagian mata, bibir dan rahang. Jadi tak perlu botox!
Anda sanggup atau tidak tak penting, sebab masih ramai lagi yang berebut nak beli krim-krim ini…