Detox adalah cara terbaik untuk membersihkan sistem sepenuhnya. Walaubagaimanapun, menghapuskan toksin dari badan tidak pernah mudah, siapa sangka rutin minuman ini benar-benar boleh menjadikan kita cantik bukan sahaja dari dalam tetapi di luar juga. Kulit yang bersih, tanpa ada sebarang tanda jerawat adalah impian setiap gadis. Semua ini boleh dicapai jika anda menyahtoksik badan anda.
Jadi, jika anda ingin mempunyai kulit berseri dan badan sihat, ini ada beberapa resepi teh detox. Jadikan amalan minuman ini sebagai rutin pada waktu pagi.
Minuman detox ini amat baik untuk :
- Untuk mengurangkan hitam di lingkaran bawah mata
- Untuk mendapatkan kulit yang lebih jelas
- Untuk meningkatkan tenaga anda
- Untuk mengawal berat badan
- Untuk melambatkan proses penuaan
- Mendapatkan kulit wajah yang lebih bercahaya
Teh detox mudah dengan lemon
Anda hanya perlukan 1/2 biji lemon, 1 cubit cayenne, air panas ataupun teh hijau 1 cawan.
Resepi : Ambil segelas besar air suam, perah lemon ke dalamnya dan tambahkan cayenne. Apabila anda mengambil minuman detoks ini dengan kerap, badan anda akan membersihkan sistem sepenuhnya.
Pembersihan dengan teh detox bersama kunyit
Sangat mudah, anda perlukan 1/4 sudu teh serbuk kunyit, secubit lada hitam, 1/4 sudu teh serbuk halia, 1 sudu madu mentah, 2 cawan air dan 1/4 cawan susu kelapa (ini adalah pilihan)
Resepi : Isikan cawan separuh penuh dengan air mendidih. Tambahkan kunyit, halia, tutup selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Jangan biarkan campuran sehingga mendidih. Selepas itu, tuangkan ke dalam cawan atau mug. Campurkan lada hitam, madu dan kelapa. teh anda kini sedia untuk minum.
Teh halia dan lemon
Jus lemon adalah bahan yang sangat baik untuk membersihkan sistem dalaman tubuh badan, halia pula mempunyai manfaat anti radang. Malah, ianya membantu untuk menjaga kulit dan bebas jerawat. Baik untuk kembung perut, membantu untuk mabuk perjalanan dan juga membantu dalam berpeluh secara sihat cara lain untuk detoksifikasi.
Hanya sediakan air mendidih atau teh hijau organik dalam 1 cawan sahaja, 1/2 biji jus lemon, 1 inci halia dan 1/2 sudu madu.
Resepi : Sediakan secawan teh hijau dengan halia, biarkan seketika selama 5 hingga 10 minit. Selepas itu, campurkan jus lemon dan madu. Amalkan minuman ini pada waktu pagi untuk mendapatkan manfaat terbaik daripadanya.
Bonus:
Teh kayu manis untuk kurus
Nak kurus? Gabungan mudah dari kayu manis, lemon, madu dan teh hijau membantu tubuh anda lebih sihat malah membuang toksik melalui penggunaan bahan-bahan semulajadi.
Anda hanya perlukan 1 cawan teh hijau organik, 1 batang kayu manis, 1 sudu teh madu mentah dan perahan lemon.
Kaedah: Sediakan secawan teh hijau organik, masukkan sebatang kayu manis ke dalamnya, biarkan selama 5-10 minit. Selepas itu, campurkan manu mentah dan lemon untuk menyedapkan lagi teh.
Cuba mula amalkan teh detox ini setiap pagi dan lihat perubahannya. Selamat Mencuba!