Cinta & Perhubungan, Tips

Nak Orang Hormat Anda? Ini Cara Terbaik Untuk Mendapatkannya

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Nak Orang Hormat Anda? Ini Cara Terbaik Untuk Mendapatkannya

Hormat-menghormati antara sifat yang banyak membantu dalam menjaga ketenteraman sebuah perhubungan keluarga, persahabatan dan negara. Tanpa sifat ini, ia mampu memporak-perandakan kehidupan dan mencetuskan pelbagai salah faham. Akhirnya membawa kepada masalah sosial yang serius… 

IKLAN

Siapa sahaja yang tidak suka bila ada orang yang menghormati dirinya. Bila anda yang menghormati diri anda, pasti ada sesuatu kebaikan yang telah kita lakukan, kalau tidak mana nak dapat penghargaan sebegitu. Namun sehingga kini ramai yang masih lagi menyangka, perlu hormat yang lebih tua. Sebenarnya ia bukan atas faktor ‘umur’ untuk kita beri rasa hormat itu, tak kisah pada tua atau muda semua jenis lapisan masyarakat tak kira bangsa atau warna kulit kita kena hormat. 

Bila diri ini disegani oleh orang sekeliling, aura positif bisa membawa banyak kebaikan dalam kehidupan. Jadi macam mana nak buat orang hormat anda dan berasa selesa disamping masyarakat mahupun orang asing?

#1 Hormat orang lain dulu…

Foto – Atkinson Vinden Lawyers

Sebelum nak orang hormat anda, cuba hormat orang lain dulu. Layan orang sekeliling anda sepertimana anda mahukan orang melayani anda. Baru anda tahu susah senang turun naik emosi nak jaga perasaan orang tau. Lama kelamaan wujud toleransi anda dengan orang sekeliling kerana mereka mula kenal anda dengan sikap menghormati. What goes around comes around…

#2 Belajar untuk dengar 

Foto – Pazoo, Inc.

Bersifat terbuka dan sanggup menerima nasihat, pandangan dari orang lain wajib untuk anda terapkan dalam minda anda. Bayangkan kalau cepat moody, naik angin bila ada yang menegur, memang sah orang tak mahu dekat dengan anda sekaligus tiada rasa hormat. Jadilah ‘pendengar’ yang baik walaupun apa sahaja kata orang itu tajam pada hati. Bila anda terima dengan baik cara orang, orang pun akan terima baik tentang diri anda. 

#3 Bersikap jujur…

Foto – Google

Suka putar belit fakta, bercakap tidak benar antara penyakit hati yang susah untuk dibuang. Hati-hati kerana ia boleh buat diri merana… Bersikaplah jujur dalam setiap perkara dan perbuatan anda, tak rugi pun. Bukan sahaja dihormati orang malah ruang kepercayaan lebih menjadi milik anda.

BACA: Cara Terbaik Untuk Berhadapan Dengan Si Kaki Penipu

#4 Biar ada sempadan…

Foo – Softheme Blog

Jangan mudah terjebak dengan semua orang, biar berpada-pada. Sama juga apabila berbual, hati-hati dengan apa yang keluar dari mulut anda. Tidak semua boleh menerima cara dan gaya kita, jadi tak perlulah untuk anda hendak menerima penghormatan dari semua orang. Cukup dengan orang terdekat dan kenalan rapat. Sebab diatas muka bumi ini, bukan semua orang suka kita. 

Apa yang penting, niat dari hati ikhlas dan terus berfikiran positif. Selamat beramal!

IKLAN