Merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee adalah pasaran sosial pertama yang bekerjasama dengan Izzue Islam untuk mempromosikan kanta lekap berjenama Lookalike.
Sebagai tanda sokongan terhadap kedai rasmi selebriti, Shopee melancarkan pelbagai kempen yang boleh menginjakkan lagi penjenamaan dalam talian mereka. Bersempena dengan pelancaran Kedai Rasmi Izzue Islam, 500 pelanggan pertama dapat menikmati potongan harga sebanyak 20% ke atas semua produk.
Kanta lekap Lookalike boleh didapati dalam 7 warna popular – Smokey Grey, Dustry Brown, Metal Grey, Snowy Blue, Pale Honey, Misty Green, Mauve Violet.
“Saya mula terdetik dengan idea ini apabila melihat trend pemakaian kanta lekap berwarna dalam kalangan rakyat Malaysia, baik perempuan mahu pun lelaki. Oleh itu, saya dan isteri membuat sedikit penyelidikan untuk menghasilkan jenama Lookalike yang menjanjikan kualiti dan keselesaan bagi pengguna.
“Saya juga berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Shopee kerana platform ini menjamin pengalaman membeli-belah dalam talian yang efisien, cepat, mudah dan paling penting, keselamatan sistem pembayaran dalam taliannya,” jelasnya Izzu Islam.
Berminat? Dapatkan kanta lekap Lookalike kegemaran anda di Shopee https://shopee.com.my/izzueislam pada harga RM55 sahaja.