Siapalah yang tak teruja bila lihat aktres kesayangan mereka semakin hari semakin cantik!
Bukan itu sahaja, kejayaan yang menempa oleh Priyanka Chopra cukup untuk buat peminat beliau berbangga dengan hasil karyanya di Hollywood.
Kini dikatakan Priyanka sedang sibuk dengan pengambaran filem Isn’t It Romantic lakonan bersama Rebel Wilson, Liam Hemsworth dan Adam DeVine. Set pengambaran di kotaraya Big Apple itu memang mudah untuk paparazzi merakam gambar si cantik manis ini.
BACA: 10 Alasan Priyanka Chopra Layak Digelar Wanita Tercantik Di Dunia
Lebih menarik lagi, Priyanka kelihatan berpenampilan baru dengan memberi sedikit sentuhan pada rambutnya.
Memilih untuk mewarna rambutnya dengan warna perang, Priyanka tampak lebih fresh dan ranggi. Jika sebelum ini Priyanka gemar dengan rambut volume tebal, sekarang dapat lihat dia memotong sedikit hujung rambutnya dan tampak lebih nipis dan ringan.
BACA: Ini 3 Cara Mudah DIY Rawatan Kecantikan Dari Priyanka Chopra
https://www.instagram.com/p/BXIXe7cApRS/?taken-by=priyanka.news
Selain daripada itu, Priyanka sibuk juga dengan projek A Kid Like Jake lakonan bersama Jim Parsons, Claire Danes dan Octavia Spencer. Bukan setakat siri Quantico, Priyanka berkolaborasi dengan ABC untuk siri komedi dari kehidupan bintang Bollywood – Madhuri Dixit tentang perkahwinan dan cara hidup baru di Amerika Syarikat.
BACA: Priyanka Chopra Digelar Artis Paling Popular Di Dunia
Wow! Nampaknya Priyanka Chopra memang sedang membina namanya untuk semakin unggul di Hollywood dan apa pendapat anda dengan rambut baru Priyanka?