Seiring dengan matlamat yang ingin menawarkan sentuhan moden pada aksesori barang kemas batu permata semula jadi, JEOEL kini melancarkan koleksi terbaru yang terdiri daripada batu Ruby (Delima), Sapphire (Nilam) dan Emerald (Zamrud) yang mampu dimilik bermula daripada RM199.
Aksesori yang diperkenalkan diberikan nama yang bersesuaian dengan ciri-ciri positif seperti Ruby – Pengembaraan, Sapphire – Kegembiraan dan Topaz – Kreativiti.
Bagi memenuhi hasrat dan minat pelanggan khususnya golongan wanita dalam lingkungan usia 20-an, JOEOL ialah jenama pertama di Malaysia yang menghasilkan batu permata semulajadi dan barang kemas berlian pada harga dibawah RM500.
Temui Kebahagiaan Anda
Telusuri jalan yang memberikan anda kebahagiaan dan kegembiraan. Menerusinya, anda akan menemui peluang-peluang keemasan dengan pelbagai kemungkinan.
(Dari kiri ke kanan)
- Cincin Sapphire – RM209
- Cincin Ruby – RM209
- Cincin Topaz – RM199
- Cincin Tourmaline – RM209
- Cincin Amethyst – RM199
- Cincin Emerald – RM209
Semarakkan Minat Anda
Dalam dunia yang sentiasa berubah, kita masih tercari-cari tujuan hidup. Minat merupakan semangat yang tertanam dalam diri kita, keinginan untuk mencari sesuatu yang istimewa dalam hidup.
- Ruby Adventure (cincin RM339, pendant RM399, subang RM449-RM539)
- Topaz Creativity (cincin RM229, pendant RM229, subang RM309-RM359)
- Sapphire Joy (cincin RM369-RM399, pendant RM369, subang RM449-RM569)
Semua produk JEOEL diperbuat daripada logam perak tulen 925 dan disadur rodium (komponen emas putih) atau ros emas sebagai lapisan tambahan kemewahan dan perlindungan daripada kotoran.
Layari www.facebook.com/jeoel.jewellery dan instagram.com/jeoel_jewellery atau cawangan JEOEL di 1 Utama, Sunway Pyramid dan Sunway Velocity untuk koleksi lengkap JEOEL.