Bertuahnya dikurniakan wajah persis ikon wanita kegemaran semua, gadis yang memiliki rupa iras Neelofa ini khabarnya terpilih menjadi penyampai berita baharu TV9.
https://www.instagram.com/p/BXDdzl5ndeD/?taken-by=hawarizwana&hl=en
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan yang baru berusia 22 tahun itu menjalani latihan industri menerusi program Wanita hari Ini (WHI) di Media Prima selama empat bulan sebelum menerima tawaran tersebut awal Julai lalu.
https://www.instagram.com/p/BNmC1d6jRPB/?taken-by=hawarizwana&hl=en
Jelas Hawa, ramai yang sedar dia mempunyai iras wajah Neelofa sejak baru-baru ini sahaja. Walau bagaimanapun, telahan orang mengatakan bahawa pemilihan itu dibuat berdasarkan rupanya adalah dinafikan oleh Eksekutif Editor Berita TV9.
“Dia diambil menyertai Berita TV9 bukan kerana wajahnya seiras Neelofa tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi seorang pembaca berita.
https://www.instagram.com/p/BRyRbkyjFC3/?taken-by=hawarizwana&hl=en
“Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran.
“Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik,” kata Wan Sabariah Shikh Ali.
Tonton Klip Pengenalan Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan adalah lulusan Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.