Kecantikan, Review - Kecantikan

Produk Jerawat Sebab Kulit Kering? Tapi Bukan Dengan Mary Kay Clear Proof!

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Produk Jerawat Sebab Kulit Kering? Tapi Bukan Dengan Mary Kay Clear Proof!

Masalah jerawat sudah menjadi perkara lazim bagi setiap orang tak kira samada pada kaum lelaki atau wanita. Sampai ada yang sanggup melakukan pelbagai rawatan kecantikan secara moden dan tradisional untuk mendapatkan kulit bebas dari jerawat. Tapi ianya bukan perkara yang mudah dan pantas, boleh memakan masa yang lama dan yang paling mustahak ialah kesabaran pada diri individu tersebut. 

Pasti ramai dikalangan anda yang sudah banyak membazir masa dan wang sama seperti penulis  mencari rawatan, teknik dan produk yang sesuai untuk menghapuskan jerawat. Tidak semua produk boleh memberi yang berkualiti dan terjamin keberkesanannya. 

Foto – InStyle

Apa yang digusarkan pengguna ialah tekstur, jenis bahan kerana biasanya produk penjagaan kulit yang khusus untuk melawan jerawat agak kering dan menyebabkan iritasi kulit. Setuju tak? 

Bungkusan set Mary Kay Acne Clear Proof. Foto – arkib Wanista.com

Namun lain pula dengan set Mary Kay Acne Clear Proof, ia sememang satu set lengkap untuk merawat masalah jerawat dengan menggunakan dua bahan yang bermanfaat dan menjadikan kulit menyerlah lebih baik!

Betul atau tidak, jom kita kenali tekstur set Mary Kay Acne Clear Proof yang telah dicuba sendiri oleh rakan baik penulis, Nurul Ain…

Set Mary Kay Acne Clear Proof. Foto – arkib Wanista.com

Ingat, apa yang paling penting 3 langkah utama dalam rutin penjagaan wajah iaitu membersih, menyegar dan melembab.

#1 Pencuci muka Clear Proof Clarifying Cleanser Gel (RM95)
Clear Proof Clarifying Cleanser Gel for Blemish-Prone Skin. Foto – arkib Wanista.com

Pembersih dari jenis gel ini mencuci dan membuang sel kulit mati secara menyeluruh, kulit terasa lembut dan tidak kering. Namun pada pendapat Ain, bau dari pembersih agak tidak menyenangkan tapi kulit memang terasa bersih dan segar selepas dicuci. 

#2 Penyegar Clear Proof Blemish Control Toner (RM80)
Clear Proof Blemish Control Toner for Blemish-Prone Skin. Foto – arkib Wanista.com

Tidak seperti toner (penyegar) yang lain, Blemish Control Toner mempunyai bahan asid salisilik iaitu sejenis bahan khas untuk merawat sel kulit yang terkena jangkitan kuman dan bakteria. Cara penggunaan toner ini sama seperti toner lain dengan meletakkan beberapa titisan pada kapas dan sapu pada bahagian yang bermasalah. Sama seperti pembersih, toner ini juga memberi bau yang kurang menyenangkan. 

#3 Pelembab Clear Proof Oil-Free Moisturizer (RM95)
Clear Proof Oil-Free Moisturizer for Blemish-Prone Skin. Foto – arkib Wanista.com

Orang yang mempunyai masalah jerawat a.k.a kulit berminyak kalau boleh memang elak untuk menyapu pelembab pada kulit. Jangan risau, menurut Ain, pelembab dari Mary Kay Acne Clear Proof ini langsung tidak melekit dan berminyak. Daya serapan pun sangat laju sekaligus pantas melegakan kulit

Selesai dengan 3 langkah diatas, untuk rawatan yang lebih efektif Ain juga menggunakan Pore-Purifying Serum dan Spot-Solution.

#4 Clear Proof Spot Solution (RM65) & #5 Clear Pore Purifying Serum (RM95)
Clear Proof Spot Solution dan Clear Pore Purifying Serum. Foto – arkib Wanista.com

Setiap kali timbul benjolan jerawat baru mahupun yang lama, Spot Solution dan Purifying Serum khusus untuk merawat jerawat degil. Krim gel jerawat biasanya memeritkan pada tompokan jerawat yang disapu, tapi lain pula dengan Spot Solution, ia langsung tidak memedihkan malah semakin mengering dan mengecutkan jerawat. Purifying Serum pula berwarna jernih dan lembut ianya mengeringkan cela disamping menghindar jerawat berulang

#6 Clear Pore Deep-Cleansing Charcoal Mask (RM115)
Clear Pore Deep-Cleansing Charcoal Mask for Blemish-Prone Skin. Foto – arkib Wanista.com

Ain kata dia paling suka mask arang ini. Formula dari campuran ekstra arang, lempung kaolin dan bentonit, honeysucle dan kacang navy meninggalkan rasa kulit yang bersih, lembut dan segar. Cukup pakai dua atau tiga kali seminggu untuk menyerap lebihan minyak dan mencuci kulit secara menyeluruh. Bila pakai mask, muka terasa lebih rileks dan pada masa yang sama mental pun boleh jadi rileks. 

Set Mary Kay Acne Clear Proof. Foto – arkib Wanista.com

Keseluruhan produk ini, Ain memberi 4 bintang dari 5! Set Mary Kay Acne Clear Proof memang khas untuk mereka yang mengalami masalah jerawat akibat kulit berminyak. Ingat rangkaian produk dari set ini langsung tidak mengeringkan kulit, selamat digunakan! 

Kalau dah beli untuk set ini untuk diri anda, apa kata lihat pula set Mary Kay TimeWise Repair yang bagus untuk anti-penenuaan.

BACA: Temui Solusi Kulit Cantik Dengan Bantuan Rangkaian Mary Kay TimeWise Repair

Set ini sudah boleh didapatkan pada 1 Julai lalu dari semua Mary Kay Independent Beauty Consultant atau layari http://www.marykay.com.my/clear-proof-acne-system.aspx.

Komen Anda