Genius bukan cara pelajar Fizik ini?
Dilaporkan, seorang pelajar mata pelajaran fizik mendapat pujian di Reddit apabila dia berkongsi cara dia menyorokkan nota menggunakan cara yang ‘genius’ – dengan menyelitkan nota-nota kecil itu di celahan kuku jarinya.
Dalam satu perkongsian yang dinamakan ‘Nailed the Exam’, pengguna Reddit Blood_Reaper yang dipercayai tinggal di UK, berkongsi bagaimana dia menulis formula-formula di dalam cebisan kertas kecil sebelum dilekatkan di dalam kuku jari.
Seperti yang dijangka, tindakan melakukan perkara sebegitu telah dikecam ramai orang, namun ada juga menyifatkan strategi itu sesuatu yang bijak.
Salah seorang pengguna Reddit menyifatkan wanita terbabit membazir masa kerana menyimpan formula-formula yang mudah di dalam cebisan itu.
“Dan saya fikir, dia membazirkan masa dan tenaga untuk melekatkan kertas-kertas kecil itu dari belajar betul-betul.”
Apa kata anda? Tindakannya betul atau tidak?