Semakin hari, semakin ramai nampaknya wanita-wanita di Malaysia bertudung dan semalam Alhamdulillah, tiba pula giliran untuk artis molek yang pernah membintangi filem Papadom suatu ketika dahulu ini mengubah imej dan penampilannya kepada seorang muslimah.
Sekian lama menyimpan hasrat, Liyana menjelaskan bahawa “Sudah lama saya berfikir untuk mengambil keputusan ini (bertudung). Tetapi hari ini, ia akhirnya terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama.
“Mama menyambut baik dan berkata, kalau hati bulat ingin berbuat begitu, maka teruskan.
Suami juga memanjat kesyukuran atas keputusan ini,” tambah pelantun lagu Oh Na Na itu.
Dalam pada itu, jurusolek profesional @arymuzamer juga ada memuat naik foto terkini Liyana Jasmay manis bertudung ke akaun Instagram nya disertai kapsyen “Moga terus istiqamah…amin…”
Wanista ucapkan tahniah dan didoakan supaya kehidupan Liyana Jasmay pastinya lebih tenang dan bahagia hingga akhir nanti. In shaa Allah. ❤️