Neffos Malaysia melancarkan telefon pintar yang terbaharu iaitu X1 Lite khas untuk pengguna telefon pintar yang mencari kesempurnaan dalam gaya yang ringkas. Berikutan kejayaan dalam X1, X1 Lite pula menampilkan tetapan yang lebih mudah.
Jenama itu juga antara jenama telefon pintar yang telah menjadi pilihan pengguna Malaysia. Dengan pelbagai rangkaian pilihan telefon pintar seperti X1 sehingga X1 Max, X1 Lite bukan sahaja lebih mudah digunakan malah ia sesuai untuk pengguna bajet rendah tapi masih mengekalkan kualiti setanding produk Neffos yang lain.
- Reka Bentuk Menawan – rekaan simetri bagi memudahkan genggaman untuk pengguna menghantar mesej dan mengambil gambar. Selongsong telefon dari bahan plastik membuatkan X1 Lite ringan hanya 138g. Paparan berkeluasan 2.75mm dan 2.5D dari gelas kaca serta 10-point sentuhan untuk pengalaman bermain game yang terbaik.
- Kamera Handal – kamera belakang berkuasa 13 megapiksel bersama kanta 5P juga kelajuan auto-fokus 0.2 saat. Keluasan sudut kanta sehingga 84 dan 5MP menjanjikan swafoto yang berkualiti dengan kamera hadapan Neffos X1 Lite.
- Inovatif ‘Fingerprint’- Hanya 0.2 saat pengguna boleh mengunci dan membuka Neffos X1 Lite lebih pantas dari telefon biasa. Swafoto juga boleh diambil dengan menggunakan fingerprint, menjadi pengalaman bergambar anda lebih efesien dan ringkas.
- Prestasi Tinggi – X1 Lite dikuasakan oleh MediaTek octa-core CPU dan Mali T860 MP2 GPU sehingga 2\RAM bersaiz 2GB dan 16GB ROM untuk ruang penyimpanan memori dan tetapan.
- Harga Mampu Milik – didatangi dengan dua warna pilihan Cloudy Grey dan Sunrise Gold, Neffos X1 Lite hanya dijual dengan harga RM499 dan akan berada dipasaran bermula Ogos 2017.
Sebagai meraikan pelancaran X1 Lite, setiap pembelian Neffos X1 Lite di Lazada.my, pembeli akan menerima cenderahati edisi terhad Neffos Premium Gift Box atau Fazbulous Warrior T-Shirt yang tandatangani khas Fazura!