Anda kenalinya melalui watak Kevin McCallister dalam siri filem kanak-kanak Home Alome.
Suatu ketika dahulu dia adalah pelakon kanak-kanak paling popular di layar perak tetapi disebabkan kemasyuran yang dimiliki seusia muda menyebabkan pelakon yang sudah bertukar arah menjadi pemuzik (band Pizza Underground) mula berubah dan tidak terurus. Malah dia pernah disabitkan dengan ketagihan dadah yang serius pada tahun 2012.
Tetapi kini, Macaulay Culkin yang sudah berusia 36 tahun kelihatan lebih sihat dan bersih berbanding dahulu.
Baru-baru ini, gambarnya bersama Brenda Song yang keluar makan malam di Los Angeles telah diambil paparrazi. Penampilan Culkin mendapat perhatian ramai kerana kini dia kelihatan lebih sihat dan gembira malah rambutnya juga dipotong pendek seiring dengan usia matang.
Culkin tampil nerd dengan cermin mata mengenakan t-shirt putih bersama jaket denim dan boots.
Nampak lebih baik berbanding sebelum ini, bukan.
Untuk pengetahuan anda, Pizza Underground yang disertai Culkin ditubuhkan pada 2012 adalah sebuah kumpulan muzik ‘underground’ dan setiap lirik lagu yang mereka dendangkan diubah agar ia berkaitan dengan piza.