Mungkin anda perlu bertanya sesuatu kepada bekas kekasih. Mungkin dia masih mempunyai barangan anda yang anda inginkan kembali.
Tetapi sebelum anda mesej atau menghantar pesanan teks pada bekas kekasih, cuba aplikasikan “no contact rule” (jangan hubungi dia) untuk sebulan.
Apabila anda menghantar teks pertama, anda harus menerima bahawa anda mungkin tidak mendapatkan jawapan langsung atau bukan jawapan yang anda harapkan.
Jangan letak harapan.
- Foto – Tumblr
Di bawah merupakan 10 jenis mesej yang anda tidak boleh hantar pada bekas kekasih anda.
1. Mesej hanya satu perkataan. Jangan hantar mesej “Hey” atau “Hello”, “Hi”. Jika anda mempunyai sesuatu untuk dikatakan atau bertanya, terus tulis dalam mesej tersebut. Jangan letakkan bekas kekasih di tempat yang awkward dan membiarkan dia cuba untuk mentafsir mengapa anda menghubungi dia.
2. Panggilan nama mesra ataupun emoticon jiwang. Anda bukan lagi pasangan kekasih. Elakkan menggunakan nama atau frasa comel yang perlu dikhaskan dalam hubungan anda. Anda tidak boleh menyimpan nama panggilan comel selepas anda putus cinta. Itu pelik namanya.
3. Bebelan geram atau marah kepada bekas kekasih anda. Jika anda sedang marah, beritahu kawan. Jangan mesej perkara yang menyakitkan hati hanya kerana anda letih / sunyi / mabuk /marah. Hormati maruah anda sendiri dan jangan biar ia diperkotak-katikkan. Sayangi diri anda dan muhasabah diri sebaiknya.
4. “Mengapa awak tak whatsapp saya balik?”, “Adakah awak dapat mesej saya?”. Anda terhegeh-hegeh menghantar mesej. Kenapa? Jika dia tidak membalasnya, anda harus menerima kenyataan bahawa dia tak berminat untuk melayan mesej anda.
5. Bercakap mengenai hubungan anda. Jangan tulis mengenai masalah hubungan di dalam mesej. Sebaik-baiknya, jumpa face to face dan selesaikan masalah seperti orang dewasa. Kadang-kadang, masalah perhubungan cinta anda boleh dikongsi dengan teman rapat anda ataupun di blog, tetapi bukanlah dengan orang yang pernah bercinta dengan anda.
6. “Booty-call” (untuk bukan Islam). Ia bukan idea yang baik.
7. “Rindunya kat awak”, “Thinking of you”.. Ini tidak membantu. Mungkin orang yang baru berpisah akan memikirkan antara satu sama lain. Tetapi apabila anda tidak lagi dalam hubungan, bekas kekasih anda tidak lagi ada kena-mengena dalam kehidupan privasi anda.
8. Gambar seksi. Tolong move on!
9. Memohon maaf secara terdesak dan merayu. Jangan cuba untuk memenangi kembali bekas kekasih anda dengan merayu di dalam mesej.
10. Mesej kedua.. dan ketiga. Sebaik sahaja anda telah melakukan apa yang anda perlu lakukan – sebagai contoh, bersetuju untuk berjumpa bagi memulangkan barang. Maka tamatkan perbualan di situ sahaja.
- Foto – Viki
Apabila anda ragu-ragu, jangan mesej bekas kekasih anda. Tarik nafas dan muhasabar diri!