Morocco. Meskipun dianggap sebagai sebuah bumi yang cantik kerana pemandangan indah, kesenian warisan serta binaannya yang pelbagai, ramai antara pengujung atau pelancong barat berasa seriau untuk melangkah masuk ke tanah negara berdaulat yang terletak di wilayah Maghribi meliputi daerah Afrika Utara ini kerana majoriti penduduk tempatannya adalah beragama Islam.
Hmm, mungkin kerana muslim sering dilabel sebagai ‘pengganas’ oleh orang-orang mereka yang sebenarnya teroengaruh dengan propaganda media, namun hakikatnya, bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman melancong dan merasai sendiri pengalaman untuk menerokai keajaiban di Morocco… sudah tentu ianya sangat mengasyikkan!
Jika anda mahu berbelanja lebih untuk melancong dan melawat ke sebuah negara yang penuh dengan keseronokan berganda, penulis cadangkan anda untuk datang ke Morocco.
Namun sebelum itu, beberapa perkara yang perlu diambil tahu terlebih dahulu sebelum menjejakan kaki ke Morocco. Ini Wanista kongsikan…
#1 Berpakaian Sopan
Disebabkan Morocco adalah negara majoriti Islam, jadi rasanya tiada masalah untuk orang kita berpakaian sopan sepanjang berada di sana yang hadir sebagai pelancong. Umpama pergi betandang ke rumah orang, kita yang menumpang ini perlulah menghormati segala tata susila negara mereka seperti mana kita mahu orang dan pelancing lain menghormati peraturan dan mengikut tata susila kita saat berada di Malaysia.
#2 Kos & Mata Wang
Kebanyakan kedai menerima kad kredit untuk proses pembayaran namun gerai-gerai kecil di tepi jalan dan perkhidmatan teksi jarang menerima pembayaran cashless, sebaliknya mahu sebarang pembayaran dijelaskan menggunakan wang tunai.
Dirham Morocco adalah bernilai sekitar د.م2.30 = RM1. Disebabkan Morocco adalah sebuah negara pelancongan, kos di sana boleh dikira agak mahal umpama melancong ke negara-negara Eropah lain. Kebanyakkan pemandu pelancong akan menasihatkan anda supaya menukar sekurang-kurang RM500 setiap hari untuk kegunaan semasa.
#3 Servis ATM Kurang Memuaskan
Sukarnya berada di negara orang ini apabila kita kehabisan wang tunai. Oleh itu, jangan lupa untuk menyediakan wang tunai yang secukupnya agar tidak terdesak kemudian. Kadang-kala mesin ATM akan rosak dan kehabisan wang. Jadi janganlah terlalu bergantunng harap pada mesin ATM sewaktu berada di Morocco.
#4 Sediakan Wang Kecil
Kalau kaya tapi tak ada duit kecil pun susah juga. Ini kerana teksi di Morocco jarang mempunyai wang kecil untuk dipulangkan kepada anda sebagai baki. Oleh itu, ada baiknya jika menyediakan wang kecil secukupnya untuk membayar servis pengangkutan.
#5 Belajarlah Tawar-Menawar
Orang-orang kita rasanya memang arif dalam bab tawa-menawar ni kan? Sama seperti Bandung mahupun Vietnam sekalipun, jika anda bijak menawar sewaktu membeli-belah di pasar-pasar jalanan sekitar Morocco, anda mungkin bisa mendapatkan potongan harga dari 25 hingga 50% untuk setiap satu barangan yang dibeli.
Lagi satu helah adalah sebelum membeli barang-barang mahal seperti karpet atau seramik, anda jangan terlalu mudah terpedaya dengan pujuk rayu si penjual. Berjalan sambil lakukan survey dahulu di beberapa buah kedai sebelum terus membelinya okay?
Untuk perkhidmatan teksi pula, sila tawar dahulu sebelum menaiki kenderaan tersebut untuk mendapatkan harga yang servis yang lebih murah dan bagi mengelak untuk ditipu pemandu yang mahu mengaut keuntungan buta.
#6 Hari Jumaat Adalah Hari Cuti
Seperti di negara-negara Islam lain, Hari Jumaat adalah hari di mana para Muslimin sibuk membuat persiapan bagi menghadiri ibadah solat Jumaat. Boleh dikatakan rata-rata kedai akan ditutup bagi memberi ruang kepada kelancaran ibadah tersebut.
#7 Minta Izin Sebelum Merakam Gambar
Jika anda seorang jurugambar, anda akan terdorong untuk merakam pelbagai gambar dan yang paling berharga adalah pabila anda berjaya merakam potret penduduk setempat yang mampu memberi nilai pada rakaman portfolio anda itu. Namun, berhati-hati kerana anda mungkin akan dikenakan bayaran.
Jadi, sebelum mengambil foto mana-mana individu tempatan yang ada disekeliling waktu itu, minta izin terlebih dahulu. Jika mereka bersetuju untuk gambar mereka dirakam tanpa sebarang bayaran, barulah anda boleh meneruskannya.
#8 Hati-Hati Dengan Pemandu Pelancong “Percuma”
Jika mengembara sebagai solo traveler atau anda dan rakan lebih gemar mencari jalan sendiri sehingga berkemungkinan sesat, sila elak diri anda daripada termakan kata-kata manis si pemandu pelancong “percuma”. Mereka mungkin kelihatan ikhlas mahu bantu anda mencari jalan terbaik menuju ke destinasi namun kadang-kala ada diantaranya mengambil kesempatan dengan meminta wang upah.
#9 Jangan Masuk Ke Restoran Mahal
Ingat anda tu berada di negara ‘mahal’, jangan berani-berani masuk ke restoran atau tempat makan mewah jika wang yang dibawa tidak seberapa. Ada baiknya anda makan biasa-biasa supaya boleh berbelanja sakan membeli buah tangan nanti. Gerai-gerai makanan tepi jalan pun ada menyediakan hidangan tempatan yang sedap!
Jika makan pun sudah mahal, bagaimana anda mhu membawa pulang ole-ole terbaik untuk kaum keluarga dan kenalan di tanah air nanti?
#10 Bawa Makanan Malaysia
Bila tekak orang Malaysia ini masih mahu menikmati sambal belacan dan sayur campur yang digaul bersama nasi panas , memang sukarlah untuk menerima aneka hidangan Morocco yang rata-ratanya berasaskan kepingan roti serta daging yang disira dengan kuah berempah. Oleh itu, bawa siap-siap makanan ringkas dari Malaysia seperti Maggi atau makanan kering lain.
Paling penting, bawa air ke mana sahaja anda pergi kerana cuaca di Morocco agak kering dan panas.
#11 Jaga Poket & Beg Setiap Masa!
Kawasan di sekitar bandar-bandar utama Morocco akan menjadi sesak dan padat dalam masa-masa tertentu, hati-hati ketika mengharungi banjiran orang di pasar-pasar mahupun sekitar pusat tumpuan pelancong. Sentiasa pastikan barangan peribadi selamat dan dekat dengan diri.
#12 Bahasa Pertuturan Adalah Arab, Perancis, Berber dan Inggeris
Kebanyakan orang tempatan boleh bertutur dalam dua hingga tiga bahasa termasuklah bahasa Perancis dan Berber (bahasa asli Afrika) kerana negara mereka bersempadan dengan Eropah dan Afrika. Bonus jika anda tahu bertutur dalam bahasa Arab namun, ada antara mereka yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar fasih berbahasa Inggeris dan pastinya tidak susah untuk berkomunikasi jika anda ditemani pemandu pelancong.
#13 Syurga Pencinta Kucing!
Nabi kan sayang dan muliakan binatang peliharaan seperti kucing? Ya, Morocco adalah negara yang bisa menjadi syurga kepada para pencinta kucing. Biarpun berada di kali jalan, berpuluh ekor kucing yang anda akan nampak!
#14 Bawa Sambungan Plug Antarabangsa
Maklumlah, jika tidak dicaj mati pula peranti anda seperti telefon pintar, kamera dan laptop anda tu nanti. Jadi beli dan bawa sekali sambungan plug antarabangsa (international power adapter) kerana soket plug Malaysia tidak sama dengan di Morocco.
#15 Pergi Masa “Off Peak Season”
Selamat melancong semuanya! ❤️