Justin Bieber buat hal lagi!
Secara rasminya penyanyi pop asal Kanada itu membatalkan konsert jelajah dunia di lokasi Asia antaranya Hong Kong, Jepun, Singapura, Indonesia dan Filipina.
Berikutan itu juga, konsert di sebahagian lokasi Amerika Syarikat dan Kanada juga dibatalkan.
Alasan Justin untuk tidak meneruskan jelajah yang berbaki lagi 15 konsert itu atas sebab ‘penat’.
Bayangkan Justin telah menghabiskan dua tahun untuk konsert jelajah hampir kesemua pelusuk benua iaitu di Afrika Selatan, Australia, New Zealand, Eropah, Emiriah Arab Bersatu, Israel dan India.
Kesemua tiket yang telah dibeli akan dibayar semula. Namun yang pasti kekecewaan peminat Justin pasti tebal tapi mungkin tidak kerana biasanya Beliebers akan menyokong apa sahaja keputusan penyanyi kesayangan mereka ini.
Dari sumber TMZ, Justin memohon maaf kepada peminat yang kecewa atau terasa dikhianati dengan apa yang terjadi.
I love you guys, I think you guys are awesome. Sorry for anyone who feels disappointed or betrayed, it’s not in my heart [or] anything, and have a blessed day.
Senarai Konsert Purpose World Tour Yang Dibatalkan
- 29 Julai 2017 Arlington
- 5 Ogos 2017 Pasadena
- 12 Ogos 2017 Denver
- 18 Ogos 2017 Minneapolis
- 23 Ogos 2017 East Rutherford
- 24 Ogos 2017 East Rutherford
- 29 Ogos 2017 Foxborough
- 5 September 2017 Toronto
- 6 September 2017 Toronto
- 23 September 2017 Tokyo
- 24 September 2017 Tokyo
- 27 September 2017 Hong Kong
- 30 September 2017 Santa Maria, Filipina
- 7 Oktober 2017 Singapura
- 10 Oktober 2017 Jakarta, Indonesia
Apa yang boleh disimpulkan disini konsert jelajah dunia Justin Bieber gagal!